Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi lebih kurang 16 Tahun
yang lalu di sebuah sekolah berasrama penuh. Nama sekolah harus di rahsiakan
demi menjaga imej sekolah tapi cukuplah sekadar kita ketahui lokasinya di
Selatan tanah air. Nama watak dalam cerita ini ditukar dan tiada kaitan dengan
mana2 pihak. Jika ada persamaan, itu cuma kebetulan.
Ceritanya bermula dengan dua orang kawan bernama Laili dan
Roslin. Mereka kawan sekelas tetapi berlainan dorm. Tapi dorm mereka
bersebelahan. Mereka kurang rapat kerna terpisah dorm tetapi adakala banyak
menghabiskan waktu prep bersama untuk menyiapkan assignment yang diberikan guru
mereka.
Seminggu sebelum kejadian, Laili dan Roslin banyak menghabiskan
masa bersama-sama memandangkan peperiksaan pertengahan tahun hampir tiba dan
mereka harus menyiapkan kerja khusus sebelum minggu peperiksaan bermula. Dalam minggu
itu Laili perasan ada kelainan dalam sikap Roslin dari kebiasaan. Dia kerap
termenung dan kebanyakkan waktu kelihatan seperti cemas dari riak wajahnya.
Laili pada awalnya tidak ambil pusing dengan sikap Roslin, akan tetapi bila
Roslin sering hilang fokus Laili mula bertanya kenapa dia berperangai
sedemikian rupa.
"Wey Lin, kau ni asik salah buat je. Aku tunjuk dah masuk 4
kali dah ni. Asik termenung je, kau berangan apa sebenarnya?" tanya
Laili tegas.
Roslin tersentak dari lamunan dan kembali menumpukan perhatian
pada kerja yang perlu disiapkan.
"Sorry Ellie." balasnya ringkas.
Namun dia tetap begitu sehingga 3 hari sebelum kejadian, Roslin
mula berani menceritakan hal yang mengganggu fikirannya. Dia menceritakan
kepada Laili bahawa dia sering rasa diperhatikan selepas kematian neneknya. Dia
adalah orang terakhir bersama neneknya semasa neneknya menghembuskan nafas yang
terakhir setelah dalam keadaan nazak sejak sekian lama. Sejak itu dia sering
rasa diperhatikan dan sering terlihat bayangan kelibat ketika dia bersendirian.
Laili cuma menasihati Roslin dengan mengatakan itu cuma perasaannya sahaja.
Sejak itu Laili sering bersama Roslin untuk memberi semangat dan dorongan
kepadanya. Laili di sifatkan sebagai seorang yang ceria, ramah dan baik hati.
Dalam 3 hari sebelum kejadian, Laili rapat dengan Roslin dan cuma dipisahkan
waktu bersama ketika tidur sahaja.
Sehari sebelum kejadian, seorang rakan dorm Laili telah diserang
histeria. Setelah diubati oleh Ustaz Syukri yang juga resident asrama
tersebut, pelajar itu telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menenteramkan
jiwa. Laili meminta Roslin untuk tinggal di dormnya sementara waktu untuk
memundahkan mereka melakukan kerja bersama-sama.
Pagi hari kejadian, Roslin terjaga dari tidur jam 7 pagi setelah
merasakan seperti dikejut oleh seseorang. Dalam keadaan dorm yang baru hendak
terang dan keadaan dirinya yang mamai dia terlihat bayangan tubuh dihadapannya
dan menyangkakan itu adalah Laili.
"Ellie, awal lagilah, bagi aku tidur kejap, kan hari Ahad
ni...."
Roslin memejamkan matanya dan sambung tidur. Baru saja Roslin
hendak terlena, katilnya digocangkan dengan begitu kuat hinggakan dia terjatuh dari katil. Roslin menjadi
marah kerana diperlakukan sebegitu.
“Apa ni
woiiii !!!!!!!!!!”
Suara
teriak Roslin memenuhi ruang dorm itu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling,
namun dorm itu tiada penghuninya. Roslin bingung, bulu roma ditengkuknya mula
naik. Dia dapat merasakan ada seseorang di belakang sedang melihat dia.
Wajahnya menjadi pucat. Dia cuba memberanikan diri menoleh kebelakang. Tiba-tiba
sahaja, pintu dorm terkuak.
“Lin,
asal ko jerit-jerit?” Laili bertanya sejurus selepas dia masuk ke dalam dorm bersama
baldi di tangan yang sarat dengan baju yang telah selesai dibasuhnya.
“Kau
ngigau ke wey?” sangka Laili selepas melihat Roslin yang berada di atas lantai
bilik. Roslin hanya diam dan kemudian menggangguk perlahan. Roslin bangun
mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi.
Pagi
hingga ke petang mereka banyak menghabiskan masa di dalam bilik untuk study
bersama kerana lebih aman memandangkan semua pelajar menggunakan prep room.
Selepas
Isyak, Roslin baring di katilnya, dia berehat sambil memasang earphone dari
Walkmannya untuk mendengar radio lalu terlelap. Tiba-tiba dia merasakan
badannya digoncang perlahan dan namanya di panggil lembut. Tiba-tiba perasaan
takut mula menghantui dirinya. Dia terkenangkan kejadian pagi tadi. Dia
tersedar tetapi menutupkan matanya serapat yang boleh. Tiba2 lengannya di
cubit.
“Lin,
bangun la Lin...”
Roslin
cam akan suara itu, lalu membuka matanya perlahan-lahan. Benar yang
memanggillnya Laili. Roslin menggosok matanya untuk melihat lebih jelas.
“Lin,
bangun la Lin, teman aku pergi tandas” Pinta Laili sambil masih lagi
menggongcangkan badan Roslin.
“Ellie...
pukul berapa dah ni? Esok je lah!”
“Kalau
aku boleh tahan, takde lah aku kejut kau”
Tiba-tiba
Roslin seperti berasakan sesuatu yang tak sedap. Dia berasa seperti mereka
sedang diperhatikan. Roslin bingkas bangun, lalu mencapai getah rambut di tepi
meja dan mengikat rambutnya. Dia mencapai Walkman di katilnya dan di waktu yang
sama Laili terus menarik tangan Roslin mengikutnya ke tandas. Tandas aras itu
terletak dihujung block bersebelahan dengan Dorm Laili. Roslin sempat melihat
ada cahaya samar dari dorm Laili.
Laili
terus bergegas masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu. Roslin melihat pada
jam di Walkmannya.
“Lin!
Kau ade kat luar tak? Jangan tinggalkan aku wey!” Teriak Laili dari dalam
Jamban.
“Ellie,
aku bagi kau masa, sampai pukul 2 pagi je, lepas tu aku balik dorm.” Jawab
Roslin ringkas.
“Sekarang
pukul berapa?”
“Pukul
1.59”
“Woi,
mana cukup seminit.”
Keadaan
kemudian menjadi sepi seketika. Roslin
sedang berdiri di hadapan tandas sambil mendengar radio di Walkmannya.
“Lin!...
Lin!... ooiii kau tinggalkan aku ke Lin!!?” Laili mula cemas setelah tidak
mendengar apa-apa jawapan dari Roslin.
“Kau
berak je lah, aku tunggu depan tandas ni, dengar radio kat Walkman aku. Busuk
lah tunggu depan Pintu” Roslin menjawab pertanyaan Laili yang sudah mula
kerisauan.
“Ciss
kau ni takutkan aku je, lagu apa woi kau dengar? Nyanyi la sikit hiburkan hati
aku yang tengah sakit perut ni.”
Roslin
menyanyikan sebuah lagu yang sedang berkumandang di radio Walkmannya. Selain
dari cuba menghiburkan Laili, dia menyanyi kerana mahu menghilangkan rasa
mengantuk. Kemudian Deejay radio menyatakan akan memutarkan lagu kedua dari
penyanyi yang popular pada waktu itu Siti Nurhaliza bertajuk Cindai. Serentak
dengan itu, bulu roma di tengkoknya tiba-tiba naik.
“Ellie,
kau dah sudah ke?” tanya Roslin yang sudah mula tidak sedap hati.
“Kejap
la, alah kau sambung la nyanyi” pinta Laili.
Intro
music pun bermula, Roslin hilang rasa gementar setelah mendengar alunan irama
lagu tersebut.
Roslin
mula menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut.
“Cindai
la mana, hendak berkhias... Jalinnya lalu rentah beribu.... ”
Tiba-tiba Laili menyambung dari dalam bilik air.
“Cindai di sini, di atas tangki, taringnya panjang, matanya
bulat.... berdarah....”
“Woi Ellie, pandai kau tukar lirik. Sedap jugak kau nyanyi.”
Celah Roslin sesudah Laili menghabiskan rangkap seterusnya.
Keadaan menjadi senyap sekali lagi. Laili tidak menjawab celahan
Roslin sebentar tadi. Suasana sunyi itu tiba-tiba menyebabkan bulu roma di
tengkuk Roslin naik sekali lagi. Dengan tapak tangan kirinya, Roslin
mengusap-usap tengkuknya dan memandang keadaan sekeliling. Dari ekor matanya,
dia terperasan seperti kelibat melintas di tepinya. Namun hilang pabila dia
menoleh.
“Ellie, Kau dah sudah belum ni? Cepatlah, aku nak balik ni”
Keadaan masih lagi sunyi, Laili tidak memberikan sebarang jawapan
dari pertanyaan Roslin.
“Ellie...”
“Wey Ellie, kau dah sudah ke belum? “ hidung Roslin terhidu bau
yang busuk.
“Ellie!!!”
Roslin meninggikan suara bila pertanyaannya tidak disahut Laini.
Dia berdiri di hadapan pintu tandas Laili.
Tiba-tiba...
“Kau dah tahu kenapa pura-pura buat tak tahu...” Satu suara agak
kasar bersuara di balik pintu tandas.
“Ellie?... apa sal suara kau...” Pintu tandas terbuka sebelum
sempat Roslin menghabiskan kata-kata.
Roslin menutup hidungnya dengan baju akibat tidak dapat menahan
bau busuk. Pintu tandas pun terkuak luas. Seluruh badan Roslin menjadi keras,
dia membatu di situ. Degup jantungnya berdenyut dengan laju seakan dia dapat
mendengar degupan jantungnya sendiri. Apa yang dinyanyikan oleh Ellie sebentar
tadi sekarang berada betul-betul di depannya. Sebuah makhluk berambut panjang
mengurai ke bawah sedang mencangkung di atas tangki pam tandas, taringnya
panjang menitiskan darah. Ia sedang mengunyah-ngunyah sesuatu yang kelihatan
seperti usus.
Roslin mengalihkan pandangannya ke arah titisan darah yang jatuh
ke lantai. Barulah dia terpandang akan Laili yang separuh badannya berada dalam
lubang tandas. Tangan Laili seakan mencuba untuk mencapai Roslin yang berdiri
tegak membatu. Matanya terbeliak, mulutnya tercungap-cungap bunyi seakan
tersedak kerana dipenuhi dengan darah. Anggota badannya yang lain berselerak di
lantai tandas.
Roslin mahu menjerit, tetapi tiada suara walaupun mulutnya
terbuka. Dia mahu melarikan diri tetapi lututnya berasa begitu lemah. Mata
makhluk itu kini bertentang mata dengan Roslin. Roslin mula merasakan keadaan sekelilingnya
mula gelap. Tiba-tiba tangannya ditarik keluar dari Tandas itu. Dalam keadaan
separuh sedar. Dia mendengar laungan Azan.
Ustaz Syukri yang sedang meronda malam di kawasan Asrama pada
malam itu terdengar nyanyian Roslin dan
terlihat akan satu kelibat berterbangan ke arah bilik air di mana mereka
berada. Sewaktu dia tiba di hadapan tandas dia terlihat Roslin yang berdiri
kaku kelihatan pucat. Dia melihat ke dalam tandas dan melihat lembaga itu yang
sedang memakan organ Laili. Dia segera menarik tangan Roslin dan melaungkan
Azan di hadapan pintu tandas tersebut. Setelah lembaga itu hilang dari
pandangan, Ustaz Syukri menari tangan dan saki baki tubuh badan Laili keluar
dari lubang tandas. Laili sudah tidak bernyawa.
Ustaz itu memasukkan mayat
Laili ke dalam plastik hitam dan kemudiannya meminta pertolongan dari seorang
Ustazah yang juga resident di asrama tersebut.
Laili selamat di kebumikan di kampung halamannya di Perak.
Roslin yang trauma selepas kejadian mengalami tekanan perasaan dan di masukkan
ke sebuah Hospital Pakar jiwa yang tidak dapat di tentukan di mana. Kejadian itu
di rahsiakan dari pelajar-pelajar lain dan kehilangan mereka diberikan alasan
berubat di kampung akibat histeria.