Followers

Wednesday 13 March 2013

Surat Kepada Juna Arjun

Mungkin selepas kehilangan itu... aku berasa akan terburu-buru... setelah terbiasa dengan sebuah kehadiran.. kehilangan itu membuat aku buntu... mencari akan sesuatu... "pengganti" jika mampu.. namun aku akui salah ku... kesepian membuat aku mencari... suatu erti yang dapat mengisi kekosongan hati...

Kau bilang jangan berharap... terserah pada takdir dan waktu... kerna menyayangi seseorang adalah sukar bagimu... aku mengerti.. aku fahami dan aku hormati... sejak itu aku kawal perasaan yang meluap-luap ini kerna impian agar sesuatu itu mampu terjalin.. hanya wujud dalam khayalan fantasi imiginasi aku...

Ada masa aku berasa aku terlalu beriya-iya... lalu segara aku padamkan rasa... seperti bara api... yang panas pada mula... hilang hangatnya setelah dibiar lama tanpa sebarang usaha untuk menyemarakkannya...
Mungkin impian aku terlalu besar untuk dikongsi bersama dan kau masih belum bersedia...

Lama aku fikir dan berkhayal... dalam ketidaksediaan engkau... kebenaranya aku lah yang paling tidak bersedia... maka sebelum ada apa-apa yang tercipta antara kita... aku pilih untuk menjarakkan diri... seperti mana yang pada mula kau kehendaki...

2 comments: