Pagi itu, Nazreen bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja.
Tapi seperti biasa, seperti kebanyakkan kita. Dia akan membelek phonenya
dahulu. Sebagai penggemar cerita-cerita seram, Nazreen pada kebiasaannya akan
membuka akaun Twitternya dan mencari tweethandle @Seramseyh untuk membaca
kisah-kisah seram. Nazreen gemar memperlekehkan cerita yang di ceritakan oleh
mereka-mereka yang menulis di dalam konti @Seramseyh. Pada dia, kebanyakkan cerita itu adalah
mengarut dan tidak masuk akal. Nazreen juga sebenarnya adalah seorang yang
sangat skeptikal tentang kewujudan
hantu. Bagi Nazreen, cerita hantu cuma sekadar cerita yang direka untuk
menakut-nakutkan orang.
“Semakin hambar seram seyh ni”
Nazreen, bangun dan mandi lalu dia bersiap untuk ke tempat
kerja. Ketika Nazrin sedang berdiri di hadapan cermin, dia tidak perasan akan
baying cermin yang berubah.
Setelah siap, Nazreen keluar rumah dan berjalan ke
perhentian bas berdekatan rumahnya untuk ke tempat kerja. Pagi itu seperti agak
berlainan dari hari-hari sebelum ini. Tidak ramai orang yang menunggu di
perhentian bas itu seperti selalu. Dari kejauhan dia melihat seorang lelaki
sedang menunggu bas sepertinya. Kebetulan lelaki itu juga mengenakan pakaian
yang sama sepertinya.
Muka lelaki itu tidak jelas kelihatan kerana dia tidak
bertentang mata dengan Nazreen. Tidak
lama selepas itu, Bas pun tiba. Lelaki tadi menaiki bas tersebut dahulu
kemudian Nazreen. Selepas Nazreen menaiki
Bas dan membayar tiket. Dia melabuhkan
punggungnya pada kerusi yang berdekatan dengan pintu. Dia memerhatikan sekeliling bas. Tiada
sesiapa kecuali dia di dalam Bas itu. “Mana mamat tu pergi.” Getus hatinya yang mula
sedikit gusar.
Dia seperti mahu bertanya kepada pemandu bas tetapi
mematikan niatnya apabila melihat mata pemandu bas itu yang melihatnya dari
cermin pemandu.
Nazreen hanya diam dan tidak ambil pusing lalu menyambung
tidurnya. Sedang dia melelapkan mata tiba-tiba bas berhenti. Nazreen melihat
keluar dan agak terkejut kerana telah sampai ke destinasi. Pintu bas pun
terbuka. Dia bingkas bangun dan turun
dari bas itu. Setelah Bas itu berlalu. Dari Jauh dia lihat lelaki yang tadi
bersama dengannya di perhentian bas sedang berjalan ke bangunan officenya
sambil membelakangkannya.
Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nazreen merupakan orang
pertama yang tiba di office. Tiada orang lain selain dia. Nazreen menghidupkan
lampu lalu duduk di tempatnya dan menghidupkan komputer. Dia membelek phonenya
dan membuka aplikasi Twitter. Sedang dia asyik melayari twitter, tiba-tiba lampu
office terpadam. Yang ada cuma cahaya dari skrin computer dan phonenya sahaja.
Nazreen bangun dan pergi ke kotak suis dan cuba menghidupkan lampu kembali.
Tetapi tidak Berjaya. “Black out pulak pepagi ni.” Katanya sendirian.
Dia melihat akan cahaya dari skrin computer di tempat
duduknya. Dia bertanya sendirian mengapa komputernya masih hidup sedangkan
tiada elektrik. Tiba-tiba, dalam kesamaran dia lihat ada lelaki yang duduk di
tempatnya. Dengan serta merta, bulu romanya meremang. Wajah lelaki itu tidak
kelihatan kerana terhadang oleh skrin computer.
Handphone Nazreen tiba-tiba berbunyi. Dia menyeluk poket
seluarnya dan mengambil handphonenya. Alakah terkejutnya dia apabila terlihat
ada wajah di handphonenya.
Nazreen mencampakkan phonenya ke lantai. Perasaan takut mula
menyelubungi dirinya. Dia berlari ke pintu masuk tetapi pintu itu berkunci. Dia
menggegarkan pintu dengan usaha untuk membukanya. Dari ekor matanya, lelaki
yang duduk di kerusinya tadi berdiri dan menghampiri dirinya. Nazreen mula cemas. Dia menggoncangkan pintu masuk officenya
dengan lebih kuat. Dia sudah merasakan lelaki itu berada di belakangnya.
Setelah itu, bahunya di cuit. Nazreen menjerit lalu terjaga dari tidurnya.
Dia bangun dan beristigfar panjang. Dengupan jantungnya
kencang, dahinya berpeluh. Dia melihat jam di sisi katilnya yang menunjukkan
pukul 6.30pagi. Setelah dia kembali tenang. Dia bangun dan mencapai tuala di
tepi almari. Dia melihat cermin yang berada di tepi dinding almari dan terkedu.
Dia tidak melihat bayang dirinya yang merenung cermin itu tetapi melihat
dirinya yang sedang tidur di atas katil.
No comments:
Post a Comment