Followers

Monday, 19 December 2016

To talk a bit about History



Tweet 19th Dec 2016 

" 
Tahu kenapa ada kaum Cina dan India di Tanah Melayu? Sebab British yg bawak masuk. Sebab apa? Sbb penduduk asal malas nak bekerja."


Tweet ini adalah responds kepada seseorang yang mahukan kerajaan menyediakan pekerjaan kepada lepasan graduan yang bersesuaian dengan kelayakkan yang diperolehi. Pada dia Graduan perlu memilih kerja, kerana kerja yang sedia ada tidak sesuai dengan apa yang difikirkan mereka layak.

Kalau Graduan yang setiap semesta dekan nak memilih kerja dalam bidang dia itu masih  boleh diterima. Tapi graduan yang lulus ala ala kadar tapi tetap mahu kerja yang sama seperti apa yang telah dipelajari di institusi-institusi pengajian tinggi. Memang layak dihempuk dengan cermin.

- Point Pertama

Kita sepatutnya lihat pada kehendak pasaran pekerjaan yang akan ada bila seseorang itu tamat pengajian. Contoh, sebelum masuk belajar, kita tahu negara perlukan orang dalam sektor pembangunan. Kita pilih la belajar dalam bidang, architecture ke, engineering ke, perancangan bandar dan wilayah ke. Itu make sense. Bukan masuk belajar dalam bidang fesyen contohnya dan berharap Kerajaan sediakan pekerjaan untuk bidang itu pada waktu seseorang itu tamat belajar.

Bukan nak kutuk orang yang belajar fesyen. Sebab kalau niat nak buat business sendiri dengan apa yang telah dipelajari itu tidak menjadi masalah langsung. Cuma bergantung harap pada kerajaan untuk sediakan segalanya yang buat saya sedikit marah.

- Point Kedua

Tentang bekerja dan kaitan pekerjaan dengan apa yang dipelajari di Institusi pengajian tinggi.

Bila kali terakhir anda lihat iklan pekerjaan kosong?
Pada waktu sekarang ni, Iklan kerja kosong akan ada tulis "Diploma/Degress in ANY field"
Maksudnya di situ, Apa yang anda pelajari itu tidak penting, cuma perlu ada sijil Diploma atau Degree. Kerana majikan perlukan pekerja yang ada qualification sahaja. Tentang kerja mereka akan berikan training.

Mana ada company hire fresh grad dan terus suruh dia buat kerja dengan mengatakan "Dulu awak study belajarkan benda ni, sekarang awak buat" Mesti dia akan ajar cara syarikat tu beroperasi.

- Point ketiga

Tentang Pekerjaan yang sesuai dengan apa yang dipelajari.

Saya bagi contoh perakaunan. Setiap 6 Bulan berapa ramai graduan yang tamat belajar? Cuba kira untuk satu University ja dulu. Satu course dalam 500 pelajar yang grad diploma, 500 orang yang grad Degree. 1000 orang mencari pekerjaan. Itu baru satu universiti. Kalaiu campur semua universiti dengan kolej kolej yang ada lagi. Kita buat anggaran minima 5000 orang yang grad setiap 6 bulan dalam setahun. Takkan setiap 6 bulan akan ada kekosongan ??? Kalau pihak swasta sendiri tak mampu nak sediakan peluang pekerjaann yang banyak. Lagikan pulak pihak kerajaan. Kalau ada pun gaji yang kerja kerajaan tidak setinggi yang di harapkan. Mana korang nak kerja?



Realitinya. Kau kene cari pekerjaan dalam apa ja bidang sekalipun dan bina kerjaya kau dari situ.
Ini untuk orang Melayu khususnya. Orang India dan Cina mereka dah cukup bekerja keras untuk dapatkan pekerjaan dan berniaga sendiri serta buat apa saja untuk mendatangkan pendapatan.


Melayu malas untuk kerja yang berat berat, tapi nak kan gaji yang tinggi. Kalau boleh lepas abes belajar dapat kerja yang boleh bagi gaji RM3000 sebulan untuk permulaan.

Melayu kene sedar mereka juga pendatang, sama seperti Kaum Cina dan India, cumanya Kaum Melayu lebih lama berada di Tanah Melayu dan membina kerajaan sendiri oleh Sultan Sultan.
(Bukan nak hina system di Raja Malaysia) cuma terfikir ja. Macamana orang dulu dulu boleh angkat seseorang itu menjadi Raja mereka,


Pada buku sejarah umum Malaysia, ada menyatakan bahawa British mengamalkan system pecah dan perintah. Melayu di kampung-kampung, India di Estate, Cina di Bandar.

Tapi Kaum India dan Cina telah ada di Tanah Melayu sebelum penjajahan British lagi kerana datang berdagang. Kalau malas nak cari buku boleh try baca blog ni

https://devology.wordpress.com/2010/02/16/the-true-history-of-malaysia/

Waktu zaman pemerintahan British, mereka menghadapi masalah tenaga buruh kerana Kaum Mejoriti di Tanah Melayu lebih gemar untuk bercucuk tanam, menangkap ikan, mengerjakan kebun. menjahit, bertukang dan macam-macam lagi. Mereka tidak mahu bekerja di lombong-lombong biji timah atau dalam pembinaan landasan keretapi kerana tidak mahu menjadi kuli kepada penjajah selain kerja itu berat pada mereka yang telah terbiasa dengan kerja-kerja mudah. Mereka lebih selesa dengan kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Dalam dunia dimana perubahan adalah pasti, berdiri pegun hanya megundang bahaya" - Unknown


British mengambil langkah untuk mengambil tenaga buruh dari China dan India. Tenaga buruh dari India adalah kerana mereka mempunyai kepakaran dalam membina landasan kereta api. China pula kerana kepakaran dalam melombong.

Kalau awak cuma baca Sejarah dari buku teks sekolah, baik awak diam dari memberikan pandangan. Kerana buku sejarah masih menceritakan kebaikkan British dan keburukkan Jepun. Menceritakan Bintang Tiga adalah komunis dan tidak menceritaka bagaimana Bintang Tiga membantu menjaga keamanan selepas Jepun meyerah diri di Malaya.

Chin Peng yang dikatakan ketua komunis itu pernah dianugerahkan pingat oleh British kerana usahanya menentang Jepun dalam perang dunia kedua.

Pernah terfikir kenapa banyak tempat di Malaysia ada nama "Kampung Melayu" / "Kampung Baru"
cuba kaji pasal nama tu nanti tahulah cerita sebenar tentang British di Tanah Melayu selepas perang dunia kedua. Saya malas nak cerita nanti lari dari apa yang nak di sampaikan.


********

Melayu dahulu dan Melayu sekarang tiada beza, Malas dan memilih kerja. Bila mana waktu sekarang di kilang-kilang, projek bangunan, malah di stesyen minyak pun mengunakan tenaga buruh asing.
(Cilaka di pam minyak bila nak tanya jalan) Yang mereka tahu, bangunan itu siap dan berbangga jadi rakyat Malaysia.

Sejarah bukan mungkin berulang, Sejarah telah pun berulang. Sama saja Melayu pada tahun 1960'an yang tidak percaya dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dengan Tahun 2016 yang tidak percaya dengan kepimpinan Dato Seri Najib. Tapi persamaannya, kedua-dua orang ini di paksa undur oleh orang yang sama.- Tun Mahathir Mohamad.

Saya tidak berminat untuk menceritakan apa yang terjadi. Jadi research dan bacalah sendiri.
Sesungguhnya sejarah itu ditulis oleh orang-orang yang menang. Cuba cari orang yang kalah dan tanya tentang cerita dari pandangan mata dia pula.

                                                                    **********

Apa yang saya marahkan adalah golongan Kaum Melayu dalam bidang pekerjaan. Sepanjang Career saya, saya telah bekerja dengan 5 syarikat antarabangsa. Bermula dari Standard Chartered Bank, Hanjin Shipping, Benline Agencies, Agility Logistics dan Sekarang Arrow Components. Melihat kaum sendiri sangat menyedihkan. cuba untuk membela tapi memakan diri.

Dalam syarikat yang saya pernah kerja, Saya lihat ada sedikit rasist di mana majikan memilih untuk memberi pekerjaan kepada suatu kaum itu sahaja walaupun kelayakkannya jauh beza dengan posisi yang ditawarkan. Tapi saya terdiam setelah berjaya memujuk mengambil pekerja Melayu namun tidak memenuhi tahap yang dijangkakan. Apa yang saya lihat, kaum yang tidak punya kelayakkan itu, bekerja hingga lewat malam dan belajar untuk membuat tugasannya dan dalam masa yang singkat sudah boleh menguasai bidang itu. Kaum saya pula berhenti setelah dua minggu kerana tidak mahir menggukan komputer katanya dan mencari kerja di kilang. Macam-macam alasan yang saya lihat dan sedih kalau nak ceritakan.

Waktu sekarang pun, bila saya interview graduan yang ingin bekerja saya rasa nak tembak sekor sekor. Datang dengan pakaian selekeh, rambut panjang, minta interview dalam bahasa Melayu kerana katanya "Kita sama-sama Melayu". Dalam mereka saya ada lihat diri saya yang dahulu. Tapi saya tidak seteruk itu. Saya cuma lihat kebodohan saya yang dulu. Yang tidak research tentang company sebelum datang interview dan lain-lain lagi.

                                                         **********************
Berikut komen di twitter yang sempa saya ambil dan nak jawab.



"Bukan malas bro. Tapi kalau kau dijajah nak ke kau jadi balaci si penjajah?" -


Persoalan sekarang, anda adalah seorang Boss atau masih Balaci ? Hingga ke hari ini kita masih lagi dijajah tanpa kita sedar. Penjajahan adalah sesuatu yang negatif, Kalau kita ambil yang positive, banyak yang boleh kita pertingkatkan kerana mendapat ilmu dari luar.

Seperti contoh: Kaum Nelayan pd waktu dahulu yang hanya tahu membina perahu. Tapi kemudian telah diajarkan pula membina kapal layar. Lebih banyak hasil laut yang dapat diperolehi dari menjala ikan dengan perahu bukan?



"lain kali pi sekolah belajar sejarah tu kasi hadam kalau tak jadi camni" (gadis berkening pelik)
"Cabut kelas sejarah atau tidur masa kelas ni. Hm" -


Kalau cuma belajar Sejarah dari buku-buku Sejarah di sekolah, sebaiknya anda cuba cari sejarah yang benar dan bukannya sejarah yang ditulis oleh orang-orang yang menang.




"Your hypothesis is wrong but yeah, melayu memang pemalas. Tapi kok mana pun mati-mati dorang tak mengaku" -

Bro, kalau kau baca blog ni, lepas aku tulis sedikit hujah dekat atas. Kau masih rasa hypothesis aku salah ke? kalau ya, nanti kita bincang semula dengan hujah kau pula.




"baca buku ni dulu baru layak komentar sejarah kapitalisme kolonial" -



Saya akan cari buku ini dan baca. Terima kasih atas cadangan yang diberi.

Thursday, 23 June 2016

Aku insan berdosa

Aku insan berdosa.


Jika mahu dibanding langit dan bumi,
Tinggi lagi dosa diri ini.
Jika mahu dibeza jumlah dosa dengan bintang di angkasa,
lebih baik ke pantai mengira butiran pasirnya.

Aku insan berdosa,

Yang berdusta dalam tiap perkara.
Bermunafik pada Tuhan dan agama.
Berdosa dalam setiap perkara.
Namun di sudut hati masih mahu mahukan Syurga.

Aku insan berdosa yang bencikan Neraka,
Tapi lagak seperti ahlinya.

Aku insan berdosa yang takutkan Neraka,
Tapi masih belum jumpa jalan menuju ke Syurga.






Tuesday, 7 June 2016

Realitinya Fiksyen (I)

Bab 1

Aku banyak membaca tentang definasi cinta. Apa itu cinta. Ada apa dengan cinta. Cinta yang sepatutnya. Cinta yang ini, cinta yang itu. Cinta begini dan cinta begitu. Dalam kesimpulannya definasi cinta adalah hak individu yang merasakannya dan setiapnya nyata berbeza. Aku membesar dengan buku-buku yang mengisahkan hikayat cinta agung dari Mumtaz  Mahal dan Shah Jahan hingga cinta terlarang Rumi dan Julie. Tapi aku lebih gemar berkhayal dengan cinta fastasi Cinderella dan Repunzel yang menanti dengan penuh kesabaran dan menempuh pelbagai dugaan untuk seorang lelaki yang memberi mereka cinta sejati. Mungkin juga atas pengaruh itu, aku masih membujang pada umur 26 tahun tatkala teman-teman sebaya sudah berumah tangga dan sekurang-kurangnya beranak dua.
Mereka kata aku terlalu memilih. Mereka kata aku akan jadi anak dara tua kerana sikap aku yang terlalu memilih. Aku akan hanya ditemani kucing-kucing perliharaan dan mati keseorangan setelah itu kucing-kucing aku akan makan mayat aku kerana mereka kelaparan. Itu yang Adik pernah cakap pada aku pada majlis pertunangan dia dulu.
Aku akui terbit rasa cemburu bila Adik tunang dulu dari aku. Tapi dalam proverb English ada mengatakan “Good things come to those who wait” dan aku tambah proverb aku sendiri kepada “Great things come to those who wait longer”. Cewah, berfalsafah pulak aku.
Perhubungan bukanlah di dalam senarai 5 perkara terpenting aku. Aku lebih memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan kedai buku aku. Orang sekarang dah malas membaca kot…

“Kak, Jom makan. Adik dah siap masak!”

“Oooiii… sabar jap…”

Sejak dah bertunang ni, Adik makin rajin masak. Adik ikut pesan ibu “Untuk memenangi hati lelaki, kita kena puaskan perutnya dulu”. Aku…

“Kakak!!!! Lapar ni ooiii!!!!! , Adik habiskan semua spaghetti meat ball ni karang!”

“Yelah… Yelah…” 

Ariana menutup diarinya dan bingkas bangun dari katil. Dia mengeliat merenggangkan segala sendi yang sepertinya telah tersimpul mati. Perlahan-lahan dia menuju ke pintu lalu membukanya. Sejurus itu, hidungnya disajikan aroma yang begitu menyelerakan. Lalu perutnya yang tadi tenang memainkan lagu-lagu instrumental klasik telah bertukar melodi kepada lagu alternative metal hard rock seperti lagu Prison Song dari System Of A Down. Ariana berlari menuruni anak tangga untuk medapatkan adiknya Tiara yang terjerit-jerit memanggilnya tadi.

“Dik, kenapa harapan palsu kau bagi kat Akak ni dik?”

Dahi Tiara berkerut memikirkan harapan apa yang telah dia palsukan buat kakaknya itu.

“Apa benda?” getus Tiara dengan nada yang tidak puas hati dengan Kakaknya.

“Ye lah, tadi panggil terjerit-jerit. Bukak pintu bukan main sedap bau, tapi bila makan tak sedap pun” Ariana dengan selamba mengutuk masakkan adiknya sambil menghabiskan helaian spaghetti terakhir di pinggannya.

“What did you say?!!!” Tiara membulatkan mata.

Plap!!! Seketul meatball hinggap di pipi Ariana.

“Tambah dua kali lepastu kat pinggan pun licin cakap tak sedap?!!!. How dare you!..”

Tiara berdiri mencekak pinggang masih bersenjatakan sudu di tangan yang dijadikannya lastik untuk melastik meatball ke muka Ariana

“Adik!!! Alah gurau pun tak boleh kau ni.” Jerit Ariana sambil mengesat pipinya yang berkuah spaghetti.  Dia mencapai mangkuk berisi mee spaghetti lalu dia mencampakkan segenggam spaghetti ke arah Tiara.

“Amekkaww!!!” teriak Ariana sambil mencampakkan  mi spaghetti ke muka adiknya.

“Hoi!!!” Tiara menjerit di baling spahetthi.

Rumah teres dua tingkat itu riuh dengan Jeritan adik beradik yang sedang berperang makanan antara satu sama lain.

“Astagfirullahalazim!!!”  Ucap Erhan sebaik menguak pintu rumah dan melihat telatah adik beradik itu.  Kedua –dua adik beradik itu terkedu.

“Korang ni dah kenapa? Tersampuk syaitan?” Erhan cuba mencari penjelasan dari keduanya.

Tiara meluru ke arah Erhan seakan budak kecil.

“Sayang, tengok kakak ni. Dia yang mulakan.”

Tiara mengadu kepada tunangnya Erhan berharapkan simpati. Rambutnya penuh dengan mi spaghetti dan juga kuah meatball. Sama seperti keadaan kakaknya.

“Untunglah boleh mengadu!”

Ariana mencebik adiknya dan kemudian terus berlalu menaiki tangga menuju biliknya.

“Kak Ana, apa jadi?”

Persoalan Erhan dibiar tidak berjawab. Dia kemudian beralih pandangan kepada tunangnya.

“Woi!!! Ni siapa yang nak kemas ni?.” Jerit Tiara kepada kakaknya.

“Tu tukang kemas dah sampai.” Ringkas jawapan Ariana sambil menutup pintu biliknya.

Erhan dan Tiara saling berpandangan. Erhan masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku. Dia mahu bertanya tetapi seperti dapat merasakan itu sesuatu perkara yang sia-sia lalu mematikan niatnya. 

“Sayang, you dah makan? I masakkan spaghetti untuk you.” Tiara bertanya kepada Erhan sambil menghulurkan sehelai spaghetti dari rambutnya.

“Errr… I dah makan tadi dengan client….”

“What???!!!” Tiara membulatkan matanya, dia mengambil beberapa helai spagetthi yang melekat pada dirinya lalu dicampakkan pula kepada Erhan.

“Kemas semua ni!”

Tiara berpeluk tubuh lalu meninggalkan Erhan dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Erhan cuma mampu genggelengkan kepala. Perlahan-lahan dia menuju ke stor simpanan lalu mencapai mop lantai. 

Sunday, 24 January 2016

Cermin

Pagi itu, Nazreen bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Tapi seperti biasa, seperti kebanyakkan kita. Dia akan membelek phonenya dahulu. Sebagai penggemar cerita-cerita seram, Nazreen pada kebiasaannya akan membuka akaun Twitternya dan mencari tweethandle @Seramseyh untuk membaca kisah-kisah seram. Nazreen gemar memperlekehkan cerita yang di ceritakan oleh mereka-mereka yang menulis di dalam konti @Seramseyh.  Pada dia, kebanyakkan cerita itu adalah mengarut dan tidak masuk akal. Nazreen juga sebenarnya adalah seorang yang sangat  skeptikal tentang kewujudan hantu. Bagi Nazreen, cerita hantu cuma sekadar cerita yang direka untuk menakut-nakutkan orang.

“Semakin hambar seram seyh ni” 

Nazreen, bangun dan mandi lalu dia bersiap untuk ke tempat kerja. Ketika Nazrin sedang berdiri di hadapan cermin, dia tidak perasan akan baying cermin yang berubah.





Setelah siap, Nazreen keluar rumah dan berjalan ke perhentian bas berdekatan rumahnya untuk ke tempat kerja. Pagi itu seperti agak berlainan dari hari-hari sebelum ini. Tidak ramai orang yang menunggu di perhentian bas itu seperti selalu. Dari kejauhan dia melihat seorang lelaki sedang menunggu bas sepertinya. Kebetulan lelaki itu juga mengenakan pakaian yang sama sepertinya.
Muka lelaki itu tidak jelas kelihatan kerana dia tidak bertentang mata dengan Nazreen.  Tidak lama selepas itu, Bas pun tiba. Lelaki tadi menaiki bas tersebut dahulu kemudian Nazreen.  Selepas Nazreen menaiki Bas dan membayar tiket.  Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berdekatan dengan pintu.  Dia memerhatikan sekeliling bas. Tiada sesiapa kecuali dia di dalam Bas itu.  “Mana mamat tu pergi.” Getus hatinya yang mula sedikit gusar.
Dia seperti mahu bertanya kepada pemandu bas tetapi mematikan niatnya apabila melihat mata pemandu bas itu yang melihatnya dari cermin pemandu.


Nazreen hanya diam dan tidak ambil pusing lalu menyambung tidurnya. Sedang dia melelapkan mata tiba-tiba bas berhenti. Nazreen melihat keluar dan agak terkejut kerana telah sampai ke destinasi. Pintu bas pun terbuka.  Dia bingkas bangun dan turun dari bas itu. Setelah Bas itu berlalu. Dari Jauh dia lihat lelaki yang tadi bersama dengannya di perhentian bas sedang berjalan ke bangunan officenya sambil membelakangkannya.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nazreen merupakan orang pertama yang tiba di office. Tiada orang lain selain dia. Nazreen menghidupkan lampu lalu duduk di tempatnya dan menghidupkan komputer. Dia membelek phonenya dan membuka aplikasi Twitter. Sedang dia asyik melayari twitter, tiba-tiba lampu office terpadam. Yang ada cuma cahaya dari skrin computer dan phonenya sahaja. Nazreen bangun dan pergi ke kotak suis dan cuba menghidupkan lampu kembali. Tetapi tidak Berjaya. “Black out pulak pepagi ni.” Katanya sendirian.
Dia melihat akan cahaya dari skrin computer di tempat duduknya. Dia bertanya sendirian mengapa komputernya masih hidup sedangkan tiada elektrik. Tiba-tiba, dalam kesamaran dia lihat ada lelaki yang duduk di tempatnya. Dengan serta merta, bulu romanya meremang. Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana terhadang oleh skrin computer.
Handphone Nazreen tiba-tiba berbunyi. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengambil handphonenya. Alakah terkejutnya dia apabila terlihat ada wajah di handphonenya.




Nazreen mencampakkan phonenya ke lantai. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Dia berlari ke pintu masuk tetapi pintu itu berkunci. Dia menggegarkan pintu dengan usaha untuk membukanya. Dari ekor matanya, lelaki yang duduk di kerusinya tadi berdiri dan menghampiri dirinya. Nazreen mula cemas.  Dia menggoncangkan pintu masuk officenya dengan lebih kuat. Dia sudah merasakan lelaki itu berada di belakangnya. Setelah itu, bahunya di cuit. Nazreen menjerit lalu terjaga dari tidurnya.

Dia bangun dan beristigfar panjang. Dengupan jantungnya kencang, dahinya berpeluh. Dia melihat jam di sisi katilnya yang menunjukkan pukul 6.30pagi. Setelah dia kembali tenang. Dia bangun dan mencapai tuala di tepi almari. Dia melihat cermin yang berada di tepi dinding almari dan terkedu. Dia tidak melihat bayang dirinya yang merenung cermin itu tetapi melihat dirinya yang sedang tidur di atas katil.     

Monday, 18 January 2016

Walkman Roslin

Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi lebih kurang 16 Tahun yang lalu di sebuah sekolah berasrama penuh. Nama sekolah harus di rahsiakan demi menjaga imej sekolah tapi cukuplah sekadar kita ketahui lokasinya di Selatan tanah air. Nama watak dalam cerita ini ditukar dan tiada kaitan dengan mana2 pihak. Jika ada persamaan, itu cuma kebetulan.

Ceritanya bermula dengan dua orang kawan bernama Laili dan Roslin. Mereka kawan sekelas tetapi berlainan dorm. Tapi dorm mereka bersebelahan. Mereka kurang rapat kerna terpisah dorm tetapi adakala banyak menghabiskan waktu prep bersama untuk menyiapkan assignment yang diberikan guru mereka.

Seminggu sebelum kejadian, Laili dan Roslin banyak menghabiskan masa bersama-sama memandangkan peperiksaan pertengahan tahun hampir tiba dan mereka harus menyiapkan kerja khusus sebelum minggu peperiksaan bermula. Dalam minggu itu Laili perasan ada kelainan dalam sikap Roslin dari kebiasaan. Dia kerap termenung dan kebanyakkan waktu kelihatan seperti cemas dari riak wajahnya. Laili pada awalnya tidak ambil pusing dengan sikap Roslin, akan tetapi bila Roslin sering hilang fokus Laili mula bertanya kenapa dia berperangai sedemikian rupa.

"Wey Lin, kau ni asik salah buat je. Aku tunjuk dah masuk 4 kali dah ni. Asik termenung je, kau berangan apa sebenarnya?"  tanya Laili tegas.

Roslin tersentak dari lamunan dan kembali menumpukan perhatian pada kerja yang perlu disiapkan.

"Sorry Ellie." balasnya ringkas.

Namun dia tetap begitu sehingga 3 hari sebelum kejadian, Roslin mula berani menceritakan hal yang mengganggu fikirannya. Dia menceritakan kepada Laili bahawa dia sering rasa diperhatikan selepas kematian neneknya. Dia adalah orang terakhir bersama neneknya semasa neneknya menghembuskan nafas yang terakhir setelah dalam keadaan nazak sejak sekian lama. Sejak itu dia sering rasa diperhatikan dan sering terlihat bayangan kelibat ketika dia bersendirian. Laili cuma menasihati Roslin dengan mengatakan itu cuma perasaannya sahaja. Sejak itu Laili sering bersama Roslin untuk memberi semangat dan dorongan kepadanya. Laili di sifatkan sebagai seorang yang ceria, ramah dan baik hati. Dalam 3 hari sebelum kejadian, Laili rapat dengan Roslin dan cuma dipisahkan waktu bersama ketika tidur sahaja.

Sehari sebelum kejadian, seorang rakan dorm Laili telah diserang histeria. Setelah diubati oleh Ustaz Syukri  yang juga resident asrama tersebut, pelajar itu telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menenteramkan jiwa. Laili meminta Roslin untuk tinggal di dormnya sementara waktu untuk memundahkan mereka melakukan kerja bersama-sama.

Pagi hari kejadian, Roslin terjaga dari tidur jam 7 pagi setelah merasakan seperti dikejut oleh seseorang. Dalam keadaan dorm yang baru hendak terang dan keadaan dirinya yang mamai dia terlihat bayangan tubuh dihadapannya dan menyangkakan itu adalah Laili.

"Ellie, awal lagilah, bagi aku tidur kejap, kan hari Ahad ni...."

Roslin memejamkan matanya dan sambung tidur. Baru saja Roslin hendak terlena, katilnya digocangkan dengan begitu kuat hinggakan dia terjatuh dari katil. Roslin menjadi marah kerana diperlakukan sebegitu.

“Apa ni woiiii !!!!!!!!!!”

Suara teriak Roslin memenuhi ruang dorm itu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling, namun dorm itu tiada penghuninya. Roslin bingung, bulu roma ditengkuknya mula naik. Dia dapat merasakan ada seseorang di belakang sedang melihat dia. Wajahnya menjadi pucat. Dia cuba memberanikan diri menoleh kebelakang. Tiba-tiba sahaja, pintu dorm terkuak.

“Lin, asal ko jerit-jerit?” Laili bertanya sejurus selepas dia masuk ke dalam dorm bersama baldi di tangan yang sarat dengan baju yang telah selesai dibasuhnya. 

“Kau ngigau ke wey?” sangka Laili selepas melihat Roslin yang berada di atas lantai bilik. Roslin hanya diam dan kemudian menggangguk perlahan. Roslin bangun mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi.

Pagi hingga ke petang mereka banyak menghabiskan masa di dalam bilik untuk study bersama kerana lebih aman memandangkan semua pelajar menggunakan prep room. 

Selepas Isyak, Roslin baring di katilnya, dia berehat sambil memasang earphone dari Walkmannya untuk mendengar radio lalu terlelap. Tiba-tiba dia merasakan badannya digoncang perlahan dan namanya di panggil lembut. Tiba-tiba perasaan takut mula menghantui dirinya. Dia terkenangkan kejadian pagi tadi. Dia tersedar tetapi menutupkan matanya serapat yang boleh. Tiba2 lengannya di cubit.

“Lin, bangun la Lin...”

Roslin cam akan suara itu, lalu membuka matanya perlahan-lahan. Benar yang memanggillnya Laili. Roslin menggosok matanya untuk melihat lebih jelas.

“Lin, bangun la Lin, teman aku pergi tandas” Pinta Laili sambil masih lagi menggongcangkan badan Roslin.

“Ellie... pukul berapa dah ni? Esok je lah!”

“Kalau aku boleh tahan, takde lah aku kejut kau”

Tiba-tiba Roslin seperti berasakan sesuatu yang tak sedap. Dia berasa seperti mereka sedang diperhatikan. Roslin bingkas bangun, lalu mencapai getah rambut di tepi meja dan mengikat rambutnya. Dia mencapai Walkman di katilnya dan di waktu yang sama Laili terus menarik tangan Roslin mengikutnya ke tandas. Tandas aras itu terletak dihujung block bersebelahan dengan Dorm Laili. Roslin sempat melihat ada cahaya samar dari dorm Laili.
Laili terus bergegas masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu. Roslin melihat pada jam di Walkmannya.

“Lin! Kau ade kat luar tak? Jangan tinggalkan aku wey!” Teriak Laili dari dalam Jamban.

“Ellie, aku bagi kau masa, sampai pukul 2 pagi je, lepas tu aku balik dorm.” Jawab Roslin ringkas.

“Sekarang pukul berapa?”  

“Pukul 1.59”

“Woi, mana cukup seminit.”

Keadaan kemudian menjadi sepi seketika.  Roslin sedang berdiri di hadapan tandas sambil mendengar radio di Walkmannya.

“Lin!... Lin!... ooiii kau tinggalkan aku ke Lin!!?” Laili mula cemas setelah tidak mendengar apa-apa jawapan dari Roslin.

“Kau berak je lah, aku tunggu depan tandas ni, dengar radio kat Walkman aku. Busuk lah tunggu depan Pintu” Roslin menjawab pertanyaan Laili yang sudah mula kerisauan.

“Ciss kau ni takutkan aku je, lagu apa woi kau dengar? Nyanyi la sikit hiburkan hati aku yang tengah sakit perut ni.”

Roslin menyanyikan sebuah lagu yang sedang berkumandang di radio Walkmannya. Selain dari cuba menghiburkan Laili, dia menyanyi kerana mahu menghilangkan rasa mengantuk. Kemudian Deejay radio menyatakan akan memutarkan lagu kedua dari penyanyi yang popular pada waktu itu Siti Nurhaliza bertajuk Cindai. Serentak dengan itu, bulu roma di tengkoknya tiba-tiba naik.

“Ellie, kau dah sudah ke?” tanya Roslin yang sudah mula tidak sedap hati.

“Kejap la, alah kau sambung la nyanyi” pinta Laili.

Intro music pun bermula, Roslin hilang rasa gementar setelah mendengar alunan irama lagu tersebut.
Roslin mula menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut.       

Cindai la mana, hendak berkhias... Jalinnya lalu rentah beribu.... ”

Tiba-tiba Laili menyambung dari dalam bilik air.

“Cindai di sini, di atas tangki, taringnya panjang, matanya bulat.... berdarah....”

“Woi Ellie, pandai kau tukar lirik. Sedap jugak kau nyanyi.” Celah Roslin sesudah Laili menghabiskan rangkap seterusnya.

Keadaan menjadi senyap sekali lagi. Laili tidak menjawab celahan Roslin sebentar tadi. Suasana sunyi itu tiba-tiba menyebabkan bulu roma di tengkuk Roslin naik sekali lagi. Dengan tapak tangan kirinya, Roslin mengusap-usap tengkuknya dan memandang keadaan sekeliling. Dari ekor matanya, dia terperasan seperti kelibat melintas di tepinya. Namun hilang pabila dia menoleh.

“Ellie, Kau dah sudah belum ni? Cepatlah, aku nak balik ni”
Keadaan masih lagi sunyi, Laili tidak memberikan sebarang jawapan dari pertanyaan Roslin.

“Ellie...”

“Wey Ellie, kau dah sudah ke belum? “ hidung Roslin terhidu bau yang busuk.

“Ellie!!!”
Roslin meninggikan suara bila pertanyaannya tidak disahut Laini. Dia berdiri di hadapan pintu tandas Laili. 
Tiba-tiba...  

“Kau dah tahu kenapa pura-pura buat tak tahu...” Satu suara agak kasar bersuara di balik pintu tandas.

“Ellie?... apa sal suara kau...” Pintu tandas terbuka sebelum sempat Roslin menghabiskan kata-kata.

Roslin menutup hidungnya dengan baju akibat tidak dapat menahan bau busuk. Pintu tandas pun terkuak luas. Seluruh badan Roslin menjadi keras, dia membatu di situ. Degup jantungnya berdenyut dengan laju seakan dia dapat mendengar degupan jantungnya sendiri. Apa yang dinyanyikan oleh Ellie sebentar tadi sekarang berada betul-betul di depannya. Sebuah makhluk berambut panjang mengurai ke bawah sedang mencangkung di atas tangki pam tandas, taringnya panjang menitiskan darah. Ia sedang mengunyah-ngunyah sesuatu yang kelihatan seperti usus.

Roslin mengalihkan pandangannya ke arah titisan darah yang jatuh ke lantai. Barulah dia terpandang akan Laili yang separuh badannya berada dalam lubang tandas. Tangan Laili seakan mencuba untuk mencapai Roslin yang berdiri tegak membatu. Matanya terbeliak, mulutnya tercungap-cungap bunyi seakan tersedak kerana dipenuhi dengan darah. Anggota badannya yang lain berselerak di lantai tandas.

Roslin mahu menjerit, tetapi tiada suara walaupun mulutnya terbuka. Dia mahu melarikan diri tetapi lututnya berasa begitu lemah. Mata makhluk itu kini bertentang mata dengan Roslin.  Roslin mula merasakan keadaan sekelilingnya mula gelap. Tiba-tiba tangannya ditarik keluar dari Tandas itu. Dalam keadaan separuh sedar. Dia mendengar laungan Azan.

Ustaz Syukri yang sedang meronda malam di kawasan Asrama pada malam itu terdengar nyanyian Roslin  dan terlihat akan satu kelibat berterbangan ke arah bilik air di mana mereka berada. Sewaktu dia tiba di hadapan tandas dia terlihat Roslin yang berdiri kaku kelihatan pucat. Dia melihat ke dalam tandas dan melihat lembaga itu yang sedang memakan organ Laili. Dia segera menarik tangan Roslin dan melaungkan Azan di hadapan pintu tandas tersebut. Setelah lembaga itu hilang dari pandangan, Ustaz Syukri menari tangan dan saki baki tubuh badan Laili keluar dari lubang tandas. Laili sudah tidak bernyawa.

 Ustaz itu memasukkan mayat Laili ke dalam plastik hitam dan kemudiannya meminta pertolongan dari seorang Ustazah yang juga resident di asrama tersebut.


Laili selamat di kebumikan di kampung halamannya di Perak. Roslin yang trauma selepas kejadian mengalami tekanan perasaan dan di masukkan ke sebuah Hospital Pakar jiwa yang tidak dapat di tentukan di mana. Kejadian itu di rahsiakan dari pelajar-pelajar lain dan kehilangan mereka diberikan alasan berubat di kampung akibat histeria. 

Friday, 24 April 2015

Lumba lari

Pernah kau rasa kesukaran ketika merangkak? Dan kau tak sabar nak  berlari. Lepas tu kau timba segala ilmu untuk membolehkan kau berlari. Kau ingat perasaan kau pertama kali kau berjaya lari? Kau kemudiannya mahu pergi lebih laju lagi. Lalu kau teruskan menimba ilmu bagaimana mahu berlari lebih laju dari kelajuan kau sekarang. Tanpa kau sedar, kau dah tinggalkan semua yang lain di belakang. 

Kau gembira tak terhingga, kau berasa bangga. Berasa kau lebih bagus dari mereka-mereka yang ada. Tapi dalam perjalanan kau berlari, kau lihat masih ada lagi kelibat yang di hadapan. Kau kemudian cuba lagi dan lagi memotong semua mereka hingga kau menjadi yang paling hadapan. Kau sedar, dalam perlumbaan ini, pentingnya stamina untuk terus berlari. 

Satu persatu kau pintas, memberi tumpu dan tidak sedikit pun culas. Waktu kau sangka mereka yang berhenti itu kepenatan dan akhirnya kaulah yang paling hadapan. Barulah kau sedar apa yang telah mereka sedar dan menyebabkan kau juga keluar dari pelumbaan. Membiar mereka-mereka yang mengejar kau kini memintas dan berada di hadapan. 

Di hadapan, tidak ada lagi yang perlu kau kejarkan selain dari bayang-bayang sendiri. Berhenti berlumba tidak semestinya bererti mengalah dan kalah. Sekali sekala kau perlu berjalan untuk tidak kepenatan dan menikmati pemandangan. 

Wednesday, 8 April 2015

"cocktale"


Projek buku ni aku dah rancang tahun 2014. Sebab mula-mula aku nak buat buku adalah kerana lambakkan buku puisi dari perempuan. Eh kenapa? Lelaki tak berperasaan ke? Buku ni nak tunjukkan the soft side of a guy yang pada biasanya sentiasa kelihatan Alpha atau jarang menunjukkan rasa. Kira pada pandangan masyarakat, cengeng lah kalau lelaki menunjuk rasa. Tapi kami lelaki pun makhluk Tuhan yang berperasaan dan buku ni adalah bukti soft side lelaki itu wujud.

Aku suarakan pendapat aku kepada Api Husein dan kemudian duduk bersama-sama dengan Karl Agan dan bincang mewujudkan satu buku puisi lelaki. Mereka sangat supportive dan setuju. Penulis terawal yang aku ajak selain Api dan Karl adalah Elham Rebel, Lucid Ikmal dan Scherel. Termasuk aku jumlahnya adalah 6 orang penulis. Aku ada ajak Corbis Razak waktu tu. Tapi dia sibuk menolong Perdana Menteri menguruskan negara. Draft pertama telah dibuat dengan nama "Puisi Indie" tapi tergendala lebih setahun. Pertama kerana modal, kedua modal digunakan dalam penerbitan buku aku sendiri bertajuk "Carpe Diem" dan beberapa penerbitan zine di bawah penerbitan De'Press Art.

Selepas berjaya menjual semua 100 copy "Carpe Diem" aku berhajat untuk menunaikan janji aku dengan kawan-kawan untuk terbitkan pula buku puisi bersama-sama dengan mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah buku. Selain kos, cabaran-cabaran lain harus ditempuhi.

Sewaktu aku ingin memulakan projek ini semula, aku telah berbincang dengan Azhar Ibrahim dan menjemput beberapa penulis lain untuk memantapkan isi buku puisi ini. Barisan cadangan penulis dalam projek buku ini adalah ; Karl Agan, Azhar Ibrahim, Lucid Ikmal, Scherel, Riduan A.dullah, Api Husein, Corbis Razak, Elham Rebel, Kerusi Sepi, Zoul Yazid dan aku sendiri. Tapi pada waktu projek ini ingin dimulakan semula. Elham Rebel telah menarik diri atas sebeb peribadi. Zoul yazid pula menolak dengan cara terhormat dengan mengatakan "Aku tak tulis puisi" sewaktu di meja kedai makan berhadapan kompleks JKKN sempena #Bocor 13 bersama-sama dengan Faiz Syami a.k.a Pedo. Kemudian Duan pula terpaksa menarik diri kerana dia terlibat dengan satu projek lain yang terpaksa aku rahsiakan atas permintaan dia sendiri.

Di sini aku nak mintak maaf dengan Petak Daud sebab menjemputnya very the last minute sebab aku sebenarnya terlupa sebab geng kita kan ramai. Petak Daud sudi menyumbang karya dalam projek buku ini. Tiba-tiba Lucid Ikmal pula menarik diri. Moral aku pada awalnya tinggi menjadi 99% selepas itu. Tapi aku tetap mahu teruskan juga sebab ini projek pertama tahun ini dan terakhir barangkali sebelum aku ke Johor Bahru.

Berbekalkan komitment dari Azhar Ibrahim, Karl Agan, Kerusi Sepi, Api Husein, Scherel, Corbis Razak dan Petak Daud. Aku teruskan projek buku ini dengan nama "Legasi lelaki". Memilih nama untuk menjudulkan buku adalah satu process yang memang payah. Seperti memunggu hidayah dari Tuhan tetapi tidak pernah berusaha meminta padanya.

Motif buku ini selain secara peribadi untuk menghasilkan buku puisi lelaki. Adalah untuk menyatukan semua kolektif dan penerbitan indie yang selama ini saling tolong menolong antara satu sama lain dari segi nasihat di mana tempat printing dan photostate murah, hingga bagaimana untuk mencetak baju dan buat button badge, sticker dan lain-lain. Sejujurnya, aku nak bila dah tua nanti, aku boleh baca buku puisi yang aku tulis dengan kawan-kawan aku.

Riduan A.dullah pula dengan berbesar hati, sudi menulis prakata untuk buku puisi ni dan prakatanya seorang lelaki bernama Riduan A.dullah sangat menyentuh hati aku. Selain dari tulisan terbaik yang pernah dihasilkan oleh para penulis. Aku mahu buku ini dekat dengan penulis sebab itu adalah karya terbaik mereka di dalam itu.

 Draft dah pun siap dan cover juga dah ada. Maka nantikan sahaja bila buku "cocktale" ini siap untuk di post.

Enjoy my last gift to you.

Monday, 6 April 2015

"Ayah"

Televisyen memaparkan berita tentang kes-kes penculikan yang kian membimbangkan dgn purata kes 12 kanak-kanak hilang dilaporkan setiap hari.

Berlatar belakangkan sebuah sekolah rendah di tengah bandar. Ada sebuah kereta Proton Waja bewarna hitam diletakkan di seberang jalan. Kedengaran loceng sekolah berbunyi pada jam 1.20 petang. Kelihatan ramai kanak-kanak mula keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Di satu sudut, Amirul sedang berdiri sambil memegang lukisan ditangan.Menanti dijemput oleh ibunya.
Dia sedang diperhatikan oleh lelaki di dalam kereta Proton Waja hitam dari seberang jalan.
Lelaki itu berkaca mata gelap, tekun memerhatikan Amirul yang sedang berdiri dan sekali sekala menjengah ke jalan mencari kelibat ibunya.

Tidak lama kemudian, ibunya tiba dengan kereta Volvo S40 bewarna kuning keemasan.
Amirul membuka pintu dan hilang ke dalam perut kereta. Lelaki tadi hanya memerhatikan saja apabila mereka melintasi keretanya. Kemudian menghidupkan enjin dan bertindak mengekori mereka.  Amirul cuba utk menunjukkn lukisan yang dilukis di sekolah kpd ibunya, namun
tidak diendah kerana sedang sibuk berbual ditelefon bimbitnya. Amirul mencebikkan muka tanda kecewa dan memilih untuk diam sepanjang perjalanan pulang.

Ibunya masih belum berhenti dari bercakap dalam telefon tanpa menyedari bahawa mereka sedang diikuti oleh sebuah kereta Proton Waja hitam. Kereta tiba di perkarangan rumah. Ibu Amirul menekan butang kunci lalu pagar elektronik dibuka. Kereta Proton Waja hitam itu memberhentikan kereta dilorong berhampiran dengan rumah mereka. Rutin itu terjadi untuk beberapa hari.
Setibanya mereka dirumah. Ibu Amirul ke dapur untuk menyiapkan makanan. Amirul mencampakkan beg sekolah dan berlari naik ke tingkat atas rumah.

"Mirul!!!, ambil beg sekolah ni dan letak dekat rak."

Teriak ibunya yang tidak  diendahkan Amirul yg telah masuk ke biliknya & mengunci pintu. Ibunya mengambil beg tersebut dan menyangkutkannya di tempat yg sepatutnya. Lalu kembali ke dapur untuk menyediakan makanan.

"Mirul, nanti lepas mandi turun bawah makan."

teriak ibunya lagi. Mirul hanya membisu dibilik. Dia merenung lukisan yang dilukisnya tadi.
(potret keluarga mereka bersama seekor kucing yang Mirul mahu sebagai hadiah hari jadi)
Tidak lama kemudian, sebuah kereta Mercedes bewarna metalik masuk di perkarangan rumah. Seorangg lelaki berpakaian kemas keluar dari kereta itu

"Awal abang balik hari ni?"

Tegur Puan Rozita kepada suaminya. Dia hanya diam membisu tanpa sebarang jawapan terus naik ke tingkat atas.Puan Rozita terdiam. Sedikit gusar kerana tidak mendapat layanan manja dari suaminya seperti biasa. tapi takut utk bertanya kenapa. Lelaki di dalam kereta Proton Waja hitam itu memerhati dari lorong itu.Dia mencatatkan sesuatu di kertas dan beredar selepas itu.



Keesokkan hari dan dua hari seterusnya, lelaki itu menanti di hadapan sekolah dan memerhatikan Amirul dari dalam kereta. Puan Rozita langsung tidak perasan akan gerak gerinya dan anaknya Amirul sudah beberapa hari diperhatikan. Hari Keempat, Lelaki misteri itu sekali lagi menunggu tetapi bukan dengan kereta. Kali ini dia membawa Superbike bewarna merah pula. Dengan lengkap berhelmet dan jacket kulit cokelatnya. Dia menunggu dihadapan sekolah. Tidak diseberang seperti selalu. Tepat Jam 1.20pm, Loceng sekolah berbunyi. Kanak-kanak berpusu-pusu keluar dari sekolah untuk pulang. Amirul melangkah keluar dari perkarangan sekolah dan berjalan menuju tepi simpang seperti biasa. Menanti untuk dijemput ibunya.Dia berjalan melewati lelaki misteri yang menaiki superbike tadi. Lelaki itu hanya memerhatikan Amirul dengan sedikit rasa gundah dan gentar.
Dia memberanikan diri untuk mendekati Amirul yang sudah pun 20 langkah dihadapannya. Dia berjalan perlahan, membuka helmetnya lalu memanggil "Amirul!" Amirul menoleh ke arah lelaki itu lalu tersenyum. Tiba-tiba sebuah van hitam berhenti dibelakang Amirul. Seorang lelaki keluar
menekup mulut Amirul dan memaksanya masuk ke dalam van tersebut. Lelaki itu tergamam, Pintu van ditutup dan dipandu laju meninggalkan tempat itu. Dia cuba berlari mengejar tetapi gagal.

Lelaki itu, melompat ke Superbikenya dan mengejar Van tersebut. Semua orang di sekeliling masih tergamam dan terkejut dengan apa yang berlaku. Mulut Amirul dililit dengan kain. Kaki dan tangannya diikat. Dia cuba menjerit meminta tolong, tetapi diherdik penculik menyuruhnya diam.    

"Hey, ada motosikal ikut kita."

kata salah seorang penculik sambil melihat cermin sisi van.

"Aduh, Ini masalah!" kata seorang lagi penculik.

"Releks, aku akan settlekan mamat ni." Kata pemandu van yang merupakan ketua kepada tiga orang penculik itu.

Lelaki bermotosikal itu menunggang superbikenya menghampiri sisi tepi Van tersebut. Pemandu Van itu cuba menghimpit lelaki tersebut. Sreeettttttttt!!!!!!!!! Dia sempat menekan break untuk mengelak dari dirempuh van itu. Kini dia berada betul-betul di belakang van hitam itu. Episod kejar mengejar itu telah tiba di lebuh raya dari jalan biasa. Lelaki itu sekali lagi cuba menghampiri sisi tepi van tersebut. Pintu sisi van dibuka, salah seorang penculik cuba untuk menendang lelaki itu supaya jatuh. Namun kakinya ditarik lelaki tersebut. Penculik itu telah terjatuh dari Van yang sedang dipantu 120km/j itu. Pintu van terbuka luas menampakkan Amirul yang terbaring dan terikat.  Lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam jacket bajunya lalu menembak tayar van tersebut. Pemandu Van itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan terhenti. Lelaki di tempat duduk penumpang bersenjatakan sepucuk pistol keluar dan mahu menembak lelaki itu....

Dia melompat dari motosikal dan membiarkan motorsikal itu merempuh penculik tersebut. Pemandu Van keluar & mnyerang lelaki itu. Perutnya disepak dan dipijak setelah jatuh. Dia mengeluarkan sepucuk pistol mahu menembak lelaki itu. Dengan pantas lelaki itu menepis pistol lalu tembakkan Penculik itu tersasar ke tanah. Pergaduhan pun berlaku antara lelaki tu dan penculik tersebut.
Sisi Pintu van dibuka. Amirul sedang menangis ketakutan. Lelaki itu membuka
helmetnya.

"Amirul!!!" Jeritnya risau akan keadaan Amirul.
Ikatan Amirul dibuka,

 "Ayah!!!!!!" teriak Amirul lalu memeluk lelaki itu dengan erat sambil menangis teresak-esak.
(berlatar belakangkan siren polis dari jauh) dua beranak itu saling berpelukkan.


(Banglo Mewah Dato' Ikmal)

kelihatan dua kereta peronda dan sebuah van polis di perkarangan rumah tersebut. Puan Rozita sedang menangis bila mengetahui anaknya telah diculik waktu pulang dari sekolah. Dato Ikmal Suaminya cuba menanangkannya. Seorang anggota polis sedang menyoal beberapa soalan kepada Puan Rozita, tiba-tiba. Amirul muncul dengan Ayahnya.

"Tuan Rashid". Sapa seorang anggota polis kepada Ayah Amirul.
Kesemua mereka terkejut dan tergamam.

Puan Rozita mendakap erat Amirul. Dato Ikmal kelihatan tergamam. Inspektor Rashid memandangnya tajam.



Sebenarnya cekro ni panjang lagi. sbb belum tahu siapa yg arahkan penculikkan
dan perjalanan si Ayah menangkap semua penjahat

pegun bertanya

Mengapa kau masih persoalkan semalam dia
sedang hari esok engkau masih belum pasti bagaimana

Mengapa menitis peluh mengejar silam
sedang sekarang telah membahagiakan

Menoleh kebelakang bisa menyakitkan
melangkah ke hadapan menimbulkan ketakutan
namun kala dunia berputar dan berubah

berdiri pegun hanya mengundang bahaya. 

Pesan Rindu - Buat Mumtazul Ilyani

Cinta itu,
jiwanya satu,
namun dari dua raga yang saling melengkap sempurna.

Dalam  jarak yang bakal memisah
kau dan aku pasti dihukum rindu
dalam buntu tuk hilangkan resah
padaNya ku panjatkan doa buat mu

Wahai jiwaku,
Tuhan utuskan kamu buat teman hidup dan mati
dan bila sampai waktu merindu
carilah aku di dalam hati

sesungguhnya,
aku tidak pernah pergi


Moga kita kan menjadi dewasa bersama rindu.

Sunday, 27 October 2013

Cinta Balang Kaca

Cemburu

Aku cemburu tiap kali
mereka-mereka itu
mendekatimu...

Berbicara...
Bergurau senda...
Menaikkan nafsu amarah dijiwa

Mahu saja aku simpan kau dalam balang kaca
dan ku simpan kemas dimeja
untuk tatapanku sahaja...

Sunday, 8 September 2013

Sense of belonging

Mix emotions
Crazy emotions
All sorts of obligations
Yet I can't take any actions

This urge I have has clouded my judgement
It has left me feeling complacent
I can't even stand another moment
To be by your side is what I yearn

Curse this feeling
Please stop this yearning
Why is it with you I have this sense of belonging???
Where moments apart is only hurting

Wednesday, 31 July 2013

Di Persimpangan Mati

Siddiq si lelaki antogonis berketurunan bugis dari Selatan Tanah Air, tidak pernah tahu bila dan di mana dia lahir, yang ada padanya cuma kad pengenalan ibunya serta sekeping nota dengan kata-kata " Saya terpaksa... tolong jagakan Siddiq untuk saya". Kerana kenakalan terlampau, dia telah dihalau pada usia 15 tahun dari rumah Anak Yatin Berkat... dan sejak sekian itu juga dia hidup merempat. Kota Selatan Kota Metropolitan yang telah menjadikan Siddiq seorang Jantan. Kesusahan kepayahan menjadi pengemis jalanan telah mendewasan Siddiq lebih awal dari usianya. Kerna itu juga dia tidak pernah takut akan apa mahupun sesiapa. 

Jenayah pertamanya kerana sesuap nasi. Setelah meminta dan tidak diberi, Siddiq mengambil inisiatif sendiri dengan mencuri.  Sekiannya berlaku berulang-ulang memastikan perutnya kenyang. Enam tahun berlalu dan kini usia Siddiq genap dua puluh satu. Masih lagi mencari arah tuju, arah agar dia punya sasaran. Moga-moga hidupnya tidak terasa seperti dipersiakan.

....................

   
.........Jalan menuju cahaya itu di iringi memori sehayat kehidupan... Segala kebaikan... segala kejahatan... dapat diperlihatkan menjadi tontonan sebagai nadi keinsafan yang telah lambat untuk dia memikirkan taubat. 

Monday, 29 July 2013

Kiasan Perpisahan

Di tinggal aku dengan suatu harapan
Perginya dia cuma seketika
Pesannya agar terus aku bersama impian
Pengukuh kasih antara kita

Rupanya aku ditinggal dengan angan
Tiada niat dihatinya itu agar janji dikotakan
Cuma kata-kata khayalan
Sebuah kiasan perpisahan

Jujur aku pada rasa
Setia aku pada cinta
Tidak dia anggap bermakna
Segala antara kita cuma pura-pura

Wednesday, 24 July 2013

for that person in Kuwait that is reading this...

thanks...

Without you this blog is not even possible...