Followers

Wednesday 17 May 2017

How to start finding a Job...


2 minggu lepas aku habis SPM, aku dapat surat masuk PLKN. Belum puas aku enjoy rasa merdekanya lepas SPM dah kene masuk PLKN. Dah la antara 6 orang member kamcing aku, aku sorang je yang kene PLKN. Lepastu pulak Makcik-Makcik mulut jahat area perumahan lama aku tu start sembang cakap budak-budak jahat nakal je yang masuk PLKN. Gua Nerd kot dulu time sekolah. Tapi itu bukan apa yang aku nak ceritakan kat korang.

Lepas aku habis PLKN. Aku kerja kilang biskut Danone selama sebulan. Then aku bukak business burger dekat Majidee. Business burger tu cukup menguntungkan. Sehari aku boleh dapat RM200 untung bersih walaupun dekat kawasan Kampung Bendahara tu ada 7 buah gerai burger. Tapi untung tu cuma bertahan selama dua minggu je. Biasalah duduk pun dekat Kampung Melayu. Lepas dua minggu aku bukak burger tu, ada gerai burger ke 8 yang bukak kat kampung tu. Jarak dia cuma 15 meter je dari gerai aku. (Aku kira pakai pita pengukur arwah Atok aku) jenis kalau aku baling terompah memang confirm headshot lah. Kalau bukak niaga kebab ke, hotdog sahaja ke takpa lah jugak. Ni perniagaan yang sama jugak dia bukak. Member member kampung aku tu semua ada cadang nak bakar gerai tu sebab yang datang meniaga tu dari kampung sebelah. Tapi aku ingat Arwah atuk aku cakap, rezeki masing masing jangan dengki.

Tapi ni pun bukan apa yang aku nak kongsikan kat korang. Yang aku nak kongsikan ialah cara aku cari kerja sebagai alternatif punca pendapatan. Waktu tu aku baru 18 tahun. Member baik aku Darminar cakap dekat aku supaya try call dan datang interview satu syarikat pekerjaan. Ni swasta, fungsi dia sama je macam Jabatan Tenaga Buruh kerajaan, cuma leboh cepat dan berkesan. Bila kawan aku suruh call dan datang interview macam-macam yang bermain di fikiran aku.

*Berapa pulak kene bayar dengan company ni untuk carikan pekerjaan
*Boleh percaya ke company tu akan bantu carikan pekerjaan
* Kerja apa je yang akan dia carikan.

Memandangkan aku ni agak adventures dan jenis nak mencuba aku pergi jugak company tu bawak sijil sijil kelayakkan yang aku ada. Perkara yang paling aku takutkan ialah berapa nak kene bayar untuk khidmat company tu. Aku stanby RM100 dapat poket time aku pergi tu kalau kalau kene bayar apa-apa.

Company yang aku pergi tu nama dia Adecco. Time tu, company ni dekat Jalan Tebrau depan dengan Crystal Crown hotel. Sekarang dah dekat City Square. Aku masuk dan tanya kat reception tu macamana nak cari kerja. Dia terus bagi aku borang untuk isi. Kemudian mintak resume dekat aku. Aku time tu 18, tak tahu pun apa apa pasal resume. Dia siap ajarkan macamana nak buat resume. Lepas tu dia interview aku dan tanya jenis jenis kerja yang aku berminat nak buat. Lepas semua selesai dia suruh aku balik dan tunggu call dari dia. Aku tanya lah pasal bayaran. Ada apa apa caj perkhidmatan ke. Dia pun explain yang diorang tak charge kita, dia akan charge company yang akan ambil kita bekerja. Aku pun balik dengan senang hati tak perlu bayar apa-apa.

Lepas dua hari, aku dapat call dari Adecco. Diorang ada set up kan interview untuk aku dengan satu company. Aku gagal interview pertama sebab gagap bila bercakap. Lepas 5 interview dengan company berbeza dan berbekalkan pengalaman interview yang lepas lepas. Aku pergi untuk interview jawatan Customer service dekat City Bank City Square.

Aku berterima kasih dekat Adecco sebab diorang carikan aku kerja sampai aku dapat kerja. Siap bagi tips interview lagi. Waktu aku dah bekerja dekat KL dan nak cari kerja dekat JB. Aku bukak Jobstreet dan aku diperkenalkan dengan satu lagi agensi pekerjaan Bright Prospect. Company ni lokasi dia dekat bangunan Public Bank JB. Pun benda yang sama diorang carikan aku kerja sampai dapat. Akhirnya aku balik ke JB dan jumpa kerja yang aku nak dengan company yang mampu bayar gaji aku macam dekat KL.

Aku jumpa pulak satu lagi agensi Pekerjaan EPS Consultant. Melalui agensi ni, aku dapat kerja dengan company aku sekarang dengan gaji double dari apa yang aku dapat dekat KL dulu dengan Jawatan yang agak tinggi dalam company.

Jadi kesimpulan pada cerita aku ni, sebenarnya ada banyak agensi pekerjaan yang berdekatan dengan kawasan korang tinggal. Function dia sama jugak macam Jobstreet. Carikan orang kerja. diorang ni pun dikenali sebagai "Head hunters".

Maka korang yang belum ada kerja tu, tak payah tunggu Job fair baru nak cari kerja. Bila bila masa pun boleh. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment