Followers

Wednesday 8 April 2015

"cocktale"


Projek buku ni aku dah rancang tahun 2014. Sebab mula-mula aku nak buat buku adalah kerana lambakkan buku puisi dari perempuan. Eh kenapa? Lelaki tak berperasaan ke? Buku ni nak tunjukkan the soft side of a guy yang pada biasanya sentiasa kelihatan Alpha atau jarang menunjukkan rasa. Kira pada pandangan masyarakat, cengeng lah kalau lelaki menunjuk rasa. Tapi kami lelaki pun makhluk Tuhan yang berperasaan dan buku ni adalah bukti soft side lelaki itu wujud.

Aku suarakan pendapat aku kepada Api Husein dan kemudian duduk bersama-sama dengan Karl Agan dan bincang mewujudkan satu buku puisi lelaki. Mereka sangat supportive dan setuju. Penulis terawal yang aku ajak selain Api dan Karl adalah Elham Rebel, Lucid Ikmal dan Scherel. Termasuk aku jumlahnya adalah 6 orang penulis. Aku ada ajak Corbis Razak waktu tu. Tapi dia sibuk menolong Perdana Menteri menguruskan negara. Draft pertama telah dibuat dengan nama "Puisi Indie" tapi tergendala lebih setahun. Pertama kerana modal, kedua modal digunakan dalam penerbitan buku aku sendiri bertajuk "Carpe Diem" dan beberapa penerbitan zine di bawah penerbitan De'Press Art.

Selepas berjaya menjual semua 100 copy "Carpe Diem" aku berhajat untuk menunaikan janji aku dengan kawan-kawan untuk terbitkan pula buku puisi bersama-sama dengan mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah buku. Selain kos, cabaran-cabaran lain harus ditempuhi.

Sewaktu aku ingin memulakan projek ini semula, aku telah berbincang dengan Azhar Ibrahim dan menjemput beberapa penulis lain untuk memantapkan isi buku puisi ini. Barisan cadangan penulis dalam projek buku ini adalah ; Karl Agan, Azhar Ibrahim, Lucid Ikmal, Scherel, Riduan A.dullah, Api Husein, Corbis Razak, Elham Rebel, Kerusi Sepi, Zoul Yazid dan aku sendiri. Tapi pada waktu projek ini ingin dimulakan semula. Elham Rebel telah menarik diri atas sebeb peribadi. Zoul yazid pula menolak dengan cara terhormat dengan mengatakan "Aku tak tulis puisi" sewaktu di meja kedai makan berhadapan kompleks JKKN sempena #Bocor 13 bersama-sama dengan Faiz Syami a.k.a Pedo. Kemudian Duan pula terpaksa menarik diri kerana dia terlibat dengan satu projek lain yang terpaksa aku rahsiakan atas permintaan dia sendiri.

Di sini aku nak mintak maaf dengan Petak Daud sebab menjemputnya very the last minute sebab aku sebenarnya terlupa sebab geng kita kan ramai. Petak Daud sudi menyumbang karya dalam projek buku ini. Tiba-tiba Lucid Ikmal pula menarik diri. Moral aku pada awalnya tinggi menjadi 99% selepas itu. Tapi aku tetap mahu teruskan juga sebab ini projek pertama tahun ini dan terakhir barangkali sebelum aku ke Johor Bahru.

Berbekalkan komitment dari Azhar Ibrahim, Karl Agan, Kerusi Sepi, Api Husein, Scherel, Corbis Razak dan Petak Daud. Aku teruskan projek buku ini dengan nama "Legasi lelaki". Memilih nama untuk menjudulkan buku adalah satu process yang memang payah. Seperti memunggu hidayah dari Tuhan tetapi tidak pernah berusaha meminta padanya.

Motif buku ini selain secara peribadi untuk menghasilkan buku puisi lelaki. Adalah untuk menyatukan semua kolektif dan penerbitan indie yang selama ini saling tolong menolong antara satu sama lain dari segi nasihat di mana tempat printing dan photostate murah, hingga bagaimana untuk mencetak baju dan buat button badge, sticker dan lain-lain. Sejujurnya, aku nak bila dah tua nanti, aku boleh baca buku puisi yang aku tulis dengan kawan-kawan aku.

Riduan A.dullah pula dengan berbesar hati, sudi menulis prakata untuk buku puisi ni dan prakatanya seorang lelaki bernama Riduan A.dullah sangat menyentuh hati aku. Selain dari tulisan terbaik yang pernah dihasilkan oleh para penulis. Aku mahu buku ini dekat dengan penulis sebab itu adalah karya terbaik mereka di dalam itu.

 Draft dah pun siap dan cover juga dah ada. Maka nantikan sahaja bila buku "cocktale" ini siap untuk di post.

Enjoy my last gift to you.

No comments:

Post a Comment