Dalam sesaat
Hati Kering bisa runsing
Dari tenang bisa pening
Dari tegak jadi berguling
terbiasa menjadi asing
Yang utama menjadi tidak penting
Dalam Sesaat
Hati yang cinta jadi benci
Pujian boleh bertukar maki
Dari leka lebih berhati-hati
Tadinya hidup kini telah pun mati
Yang riuh kini sunyi sendiri
Dalam Sesaat...
Yang nyatanya benar menjadi sesat
Girang Hati menjadi palat
Manis senyum bertukar kelat
Tidak kisah kini berasa ralat
Dari petah terus kini pelat
...saat kedua
Lain pula ceritanya
Followers
Sunday, 30 June 2013
Wednesday, 26 June 2013
B.U.D.A.K
Rintihan hati yang tak ingin dimengerti
hanya mahu memberontak Seperti tiadanya akal walaupun berotak
Sering menyalak demi mendapatkan sorak
ingin terkenal... barulah boleh berlagak
Sila berakal matang sebelum diterajang
Diamkan mulut itu sebelum dilempang
Hak bersuara mungkin hak kebebasan bersama
Tapi bukan suara-suara bodoh yang sering kau jaja
Sebaiknya diam jika tiada apa yang berguna untuk dikata
Atau tulis kat mana-mana... sendiri je yang baca..

Tuesday, 11 June 2013
Mungkin Antara Kite x Perasan....
Seorang Anggota Polis,
Seorang Anggota Tentera,
Seorang Pengedar Dadah,
Seorang Banduan,
Seorang Tukang Masak,
Seorang Penjual Jamu,
Seorang Pegawai Bank,
Seorang Sale Assistant
Mereka Semua Dulu Penah Disatukan,
Dan Melalui Pengalaman Suka Duka Bersame-Same..
Sebelum Dipisahkan Untuk Membawa Haluan Masing-Masing...
Hanya KENANGAN yang membuat kita semua masih boleh duduk semeje,
Dan Ketawa tanpa memikirkan ape pon orang sekeliling nak ckp...
#AkuSentiasaMerinduiMaseKiteBersameDulu..thanks

Friday, 7 June 2013
Hanya Fikiran
Andai kau tahu perasaan ini..
Andai kau selam jiwa ini..
Pasti rawan dihatiku terubat..
Pelbagai persoalan menurjah ke benakku..
Satu pun tiada berjawapan.
Andainya kau mampu menjawab setiap persoalan itu..
Pasti diriku tidak lagi dalam belenggu.
Aku terlalu ingin tau rahsia hatimu..
Ingin sekali ku rungkai setiap yang tersirat disebalik senyum manis yang kau ukirkan padaku.
Ingin ku cari jawapan kepada setiap persoalanku.
Ku tahu itu mustahil. Persoalanku tetap akan terbiar tanpa jawapan.
Tiada cara untuk ku rungkai..
Tiada jalan untuk ku uraikan..
Dan kerana itu aku tetap di sini bersama persoalan yang tiada berjawapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)