Followers

Friday 7 June 2013

Hanya Fikiran

Andai kau tahu perasaan ini..
Andai kau selam jiwa ini..
Pasti rawan dihatiku terubat..
Pelbagai persoalan menurjah  ke benakku..
Satu pun tiada berjawapan.
Andainya kau mampu menjawab setiap persoalan itu..
Pasti diriku tidak lagi dalam belenggu.
Aku terlalu ingin tau rahsia hatimu..
Ingin sekali ku rungkai setiap yang tersirat disebalik senyum manis yang kau ukirkan padaku.
Ingin ku cari jawapan kepada setiap persoalanku.
Ku tahu itu mustahil. Persoalanku tetap akan terbiar tanpa jawapan.
Tiada cara untuk ku rungkai..
Tiada jalan untuk ku uraikan..
Dan kerana itu aku tetap di sini bersama persoalan yang tiada berjawapan.

No comments:

Post a Comment