Followers

Monday 6 April 2015

"Ayah"

Televisyen memaparkan berita tentang kes-kes penculikan yang kian membimbangkan dgn purata kes 12 kanak-kanak hilang dilaporkan setiap hari.

Berlatar belakangkan sebuah sekolah rendah di tengah bandar. Ada sebuah kereta Proton Waja bewarna hitam diletakkan di seberang jalan. Kedengaran loceng sekolah berbunyi pada jam 1.20 petang. Kelihatan ramai kanak-kanak mula keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Di satu sudut, Amirul sedang berdiri sambil memegang lukisan ditangan.Menanti dijemput oleh ibunya.
Dia sedang diperhatikan oleh lelaki di dalam kereta Proton Waja hitam dari seberang jalan.
Lelaki itu berkaca mata gelap, tekun memerhatikan Amirul yang sedang berdiri dan sekali sekala menjengah ke jalan mencari kelibat ibunya.

Tidak lama kemudian, ibunya tiba dengan kereta Volvo S40 bewarna kuning keemasan.
Amirul membuka pintu dan hilang ke dalam perut kereta. Lelaki tadi hanya memerhatikan saja apabila mereka melintasi keretanya. Kemudian menghidupkan enjin dan bertindak mengekori mereka.  Amirul cuba utk menunjukkn lukisan yang dilukis di sekolah kpd ibunya, namun
tidak diendah kerana sedang sibuk berbual ditelefon bimbitnya. Amirul mencebikkan muka tanda kecewa dan memilih untuk diam sepanjang perjalanan pulang.

Ibunya masih belum berhenti dari bercakap dalam telefon tanpa menyedari bahawa mereka sedang diikuti oleh sebuah kereta Proton Waja hitam. Kereta tiba di perkarangan rumah. Ibu Amirul menekan butang kunci lalu pagar elektronik dibuka. Kereta Proton Waja hitam itu memberhentikan kereta dilorong berhampiran dengan rumah mereka. Rutin itu terjadi untuk beberapa hari.
Setibanya mereka dirumah. Ibu Amirul ke dapur untuk menyiapkan makanan. Amirul mencampakkan beg sekolah dan berlari naik ke tingkat atas rumah.

"Mirul!!!, ambil beg sekolah ni dan letak dekat rak."

Teriak ibunya yang tidak  diendahkan Amirul yg telah masuk ke biliknya & mengunci pintu. Ibunya mengambil beg tersebut dan menyangkutkannya di tempat yg sepatutnya. Lalu kembali ke dapur untuk menyediakan makanan.

"Mirul, nanti lepas mandi turun bawah makan."

teriak ibunya lagi. Mirul hanya membisu dibilik. Dia merenung lukisan yang dilukisnya tadi.
(potret keluarga mereka bersama seekor kucing yang Mirul mahu sebagai hadiah hari jadi)
Tidak lama kemudian, sebuah kereta Mercedes bewarna metalik masuk di perkarangan rumah. Seorangg lelaki berpakaian kemas keluar dari kereta itu

"Awal abang balik hari ni?"

Tegur Puan Rozita kepada suaminya. Dia hanya diam membisu tanpa sebarang jawapan terus naik ke tingkat atas.Puan Rozita terdiam. Sedikit gusar kerana tidak mendapat layanan manja dari suaminya seperti biasa. tapi takut utk bertanya kenapa. Lelaki di dalam kereta Proton Waja hitam itu memerhati dari lorong itu.Dia mencatatkan sesuatu di kertas dan beredar selepas itu.



Keesokkan hari dan dua hari seterusnya, lelaki itu menanti di hadapan sekolah dan memerhatikan Amirul dari dalam kereta. Puan Rozita langsung tidak perasan akan gerak gerinya dan anaknya Amirul sudah beberapa hari diperhatikan. Hari Keempat, Lelaki misteri itu sekali lagi menunggu tetapi bukan dengan kereta. Kali ini dia membawa Superbike bewarna merah pula. Dengan lengkap berhelmet dan jacket kulit cokelatnya. Dia menunggu dihadapan sekolah. Tidak diseberang seperti selalu. Tepat Jam 1.20pm, Loceng sekolah berbunyi. Kanak-kanak berpusu-pusu keluar dari sekolah untuk pulang. Amirul melangkah keluar dari perkarangan sekolah dan berjalan menuju tepi simpang seperti biasa. Menanti untuk dijemput ibunya.Dia berjalan melewati lelaki misteri yang menaiki superbike tadi. Lelaki itu hanya memerhatikan Amirul dengan sedikit rasa gundah dan gentar.
Dia memberanikan diri untuk mendekati Amirul yang sudah pun 20 langkah dihadapannya. Dia berjalan perlahan, membuka helmetnya lalu memanggil "Amirul!" Amirul menoleh ke arah lelaki itu lalu tersenyum. Tiba-tiba sebuah van hitam berhenti dibelakang Amirul. Seorang lelaki keluar
menekup mulut Amirul dan memaksanya masuk ke dalam van tersebut. Lelaki itu tergamam, Pintu van ditutup dan dipandu laju meninggalkan tempat itu. Dia cuba berlari mengejar tetapi gagal.

Lelaki itu, melompat ke Superbikenya dan mengejar Van tersebut. Semua orang di sekeliling masih tergamam dan terkejut dengan apa yang berlaku. Mulut Amirul dililit dengan kain. Kaki dan tangannya diikat. Dia cuba menjerit meminta tolong, tetapi diherdik penculik menyuruhnya diam.    

"Hey, ada motosikal ikut kita."

kata salah seorang penculik sambil melihat cermin sisi van.

"Aduh, Ini masalah!" kata seorang lagi penculik.

"Releks, aku akan settlekan mamat ni." Kata pemandu van yang merupakan ketua kepada tiga orang penculik itu.

Lelaki bermotosikal itu menunggang superbikenya menghampiri sisi tepi Van tersebut. Pemandu Van itu cuba menghimpit lelaki tersebut. Sreeettttttttt!!!!!!!!! Dia sempat menekan break untuk mengelak dari dirempuh van itu. Kini dia berada betul-betul di belakang van hitam itu. Episod kejar mengejar itu telah tiba di lebuh raya dari jalan biasa. Lelaki itu sekali lagi cuba menghampiri sisi tepi van tersebut. Pintu sisi van dibuka, salah seorang penculik cuba untuk menendang lelaki itu supaya jatuh. Namun kakinya ditarik lelaki tersebut. Penculik itu telah terjatuh dari Van yang sedang dipantu 120km/j itu. Pintu van terbuka luas menampakkan Amirul yang terbaring dan terikat.  Lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam jacket bajunya lalu menembak tayar van tersebut. Pemandu Van itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan terhenti. Lelaki di tempat duduk penumpang bersenjatakan sepucuk pistol keluar dan mahu menembak lelaki itu....

Dia melompat dari motosikal dan membiarkan motorsikal itu merempuh penculik tersebut. Pemandu Van keluar & mnyerang lelaki itu. Perutnya disepak dan dipijak setelah jatuh. Dia mengeluarkan sepucuk pistol mahu menembak lelaki itu. Dengan pantas lelaki itu menepis pistol lalu tembakkan Penculik itu tersasar ke tanah. Pergaduhan pun berlaku antara lelaki tu dan penculik tersebut.
Sisi Pintu van dibuka. Amirul sedang menangis ketakutan. Lelaki itu membuka
helmetnya.

"Amirul!!!" Jeritnya risau akan keadaan Amirul.
Ikatan Amirul dibuka,

 "Ayah!!!!!!" teriak Amirul lalu memeluk lelaki itu dengan erat sambil menangis teresak-esak.
(berlatar belakangkan siren polis dari jauh) dua beranak itu saling berpelukkan.


(Banglo Mewah Dato' Ikmal)

kelihatan dua kereta peronda dan sebuah van polis di perkarangan rumah tersebut. Puan Rozita sedang menangis bila mengetahui anaknya telah diculik waktu pulang dari sekolah. Dato Ikmal Suaminya cuba menanangkannya. Seorang anggota polis sedang menyoal beberapa soalan kepada Puan Rozita, tiba-tiba. Amirul muncul dengan Ayahnya.

"Tuan Rashid". Sapa seorang anggota polis kepada Ayah Amirul.
Kesemua mereka terkejut dan tergamam.

Puan Rozita mendakap erat Amirul. Dato Ikmal kelihatan tergamam. Inspektor Rashid memandangnya tajam.



Sebenarnya cekro ni panjang lagi. sbb belum tahu siapa yg arahkan penculikkan
dan perjalanan si Ayah menangkap semua penjahat

No comments:

Post a Comment