Followers

Tuesday 7 June 2016

Realitinya Fiksyen (I)

Bab 1

Aku banyak membaca tentang definasi cinta. Apa itu cinta. Ada apa dengan cinta. Cinta yang sepatutnya. Cinta yang ini, cinta yang itu. Cinta begini dan cinta begitu. Dalam kesimpulannya definasi cinta adalah hak individu yang merasakannya dan setiapnya nyata berbeza. Aku membesar dengan buku-buku yang mengisahkan hikayat cinta agung dari Mumtaz  Mahal dan Shah Jahan hingga cinta terlarang Rumi dan Julie. Tapi aku lebih gemar berkhayal dengan cinta fastasi Cinderella dan Repunzel yang menanti dengan penuh kesabaran dan menempuh pelbagai dugaan untuk seorang lelaki yang memberi mereka cinta sejati. Mungkin juga atas pengaruh itu, aku masih membujang pada umur 26 tahun tatkala teman-teman sebaya sudah berumah tangga dan sekurang-kurangnya beranak dua.
Mereka kata aku terlalu memilih. Mereka kata aku akan jadi anak dara tua kerana sikap aku yang terlalu memilih. Aku akan hanya ditemani kucing-kucing perliharaan dan mati keseorangan setelah itu kucing-kucing aku akan makan mayat aku kerana mereka kelaparan. Itu yang Adik pernah cakap pada aku pada majlis pertunangan dia dulu.
Aku akui terbit rasa cemburu bila Adik tunang dulu dari aku. Tapi dalam proverb English ada mengatakan “Good things come to those who wait” dan aku tambah proverb aku sendiri kepada “Great things come to those who wait longer”. Cewah, berfalsafah pulak aku.
Perhubungan bukanlah di dalam senarai 5 perkara terpenting aku. Aku lebih memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan kedai buku aku. Orang sekarang dah malas membaca kot…

“Kak, Jom makan. Adik dah siap masak!”

“Oooiii… sabar jap…”

Sejak dah bertunang ni, Adik makin rajin masak. Adik ikut pesan ibu “Untuk memenangi hati lelaki, kita kena puaskan perutnya dulu”. Aku…

“Kakak!!!! Lapar ni ooiii!!!!! , Adik habiskan semua spaghetti meat ball ni karang!”

“Yelah… Yelah…” 

Ariana menutup diarinya dan bingkas bangun dari katil. Dia mengeliat merenggangkan segala sendi yang sepertinya telah tersimpul mati. Perlahan-lahan dia menuju ke pintu lalu membukanya. Sejurus itu, hidungnya disajikan aroma yang begitu menyelerakan. Lalu perutnya yang tadi tenang memainkan lagu-lagu instrumental klasik telah bertukar melodi kepada lagu alternative metal hard rock seperti lagu Prison Song dari System Of A Down. Ariana berlari menuruni anak tangga untuk medapatkan adiknya Tiara yang terjerit-jerit memanggilnya tadi.

“Dik, kenapa harapan palsu kau bagi kat Akak ni dik?”

Dahi Tiara berkerut memikirkan harapan apa yang telah dia palsukan buat kakaknya itu.

“Apa benda?” getus Tiara dengan nada yang tidak puas hati dengan Kakaknya.

“Ye lah, tadi panggil terjerit-jerit. Bukak pintu bukan main sedap bau, tapi bila makan tak sedap pun” Ariana dengan selamba mengutuk masakkan adiknya sambil menghabiskan helaian spaghetti terakhir di pinggannya.

“What did you say?!!!” Tiara membulatkan mata.

Plap!!! Seketul meatball hinggap di pipi Ariana.

“Tambah dua kali lepastu kat pinggan pun licin cakap tak sedap?!!!. How dare you!..”

Tiara berdiri mencekak pinggang masih bersenjatakan sudu di tangan yang dijadikannya lastik untuk melastik meatball ke muka Ariana

“Adik!!! Alah gurau pun tak boleh kau ni.” Jerit Ariana sambil mengesat pipinya yang berkuah spaghetti.  Dia mencapai mangkuk berisi mee spaghetti lalu dia mencampakkan segenggam spaghetti ke arah Tiara.

“Amekkaww!!!” teriak Ariana sambil mencampakkan  mi spaghetti ke muka adiknya.

“Hoi!!!” Tiara menjerit di baling spahetthi.

Rumah teres dua tingkat itu riuh dengan Jeritan adik beradik yang sedang berperang makanan antara satu sama lain.

“Astagfirullahalazim!!!”  Ucap Erhan sebaik menguak pintu rumah dan melihat telatah adik beradik itu.  Kedua –dua adik beradik itu terkedu.

“Korang ni dah kenapa? Tersampuk syaitan?” Erhan cuba mencari penjelasan dari keduanya.

Tiara meluru ke arah Erhan seakan budak kecil.

“Sayang, tengok kakak ni. Dia yang mulakan.”

Tiara mengadu kepada tunangnya Erhan berharapkan simpati. Rambutnya penuh dengan mi spaghetti dan juga kuah meatball. Sama seperti keadaan kakaknya.

“Untunglah boleh mengadu!”

Ariana mencebik adiknya dan kemudian terus berlalu menaiki tangga menuju biliknya.

“Kak Ana, apa jadi?”

Persoalan Erhan dibiar tidak berjawab. Dia kemudian beralih pandangan kepada tunangnya.

“Woi!!! Ni siapa yang nak kemas ni?.” Jerit Tiara kepada kakaknya.

“Tu tukang kemas dah sampai.” Ringkas jawapan Ariana sambil menutup pintu biliknya.

Erhan dan Tiara saling berpandangan. Erhan masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku. Dia mahu bertanya tetapi seperti dapat merasakan itu sesuatu perkara yang sia-sia lalu mematikan niatnya. 

“Sayang, you dah makan? I masakkan spaghetti untuk you.” Tiara bertanya kepada Erhan sambil menghulurkan sehelai spaghetti dari rambutnya.

“Errr… I dah makan tadi dengan client….”

“What???!!!” Tiara membulatkan matanya, dia mengambil beberapa helai spagetthi yang melekat pada dirinya lalu dicampakkan pula kepada Erhan.

“Kemas semua ni!”

Tiara berpeluk tubuh lalu meninggalkan Erhan dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Erhan cuma mampu genggelengkan kepala. Perlahan-lahan dia menuju ke stor simpanan lalu mencapai mop lantai. 

No comments:

Post a Comment