Aku insan berdosa.
Jika mahu dibanding langit dan bumi,
Tinggi lagi dosa diri ini.
Jika mahu dibeza jumlah dosa dengan bintang di angkasa,
lebih baik ke pantai mengira butiran pasirnya.
Aku insan berdosa,
Yang berdusta dalam tiap perkara.
Bermunafik pada Tuhan dan agama.
Berdosa dalam setiap perkara.
Namun di sudut hati masih mahu mahukan Syurga.
Aku insan berdosa yang bencikan Neraka,
Tapi lagak seperti ahlinya.
Aku insan berdosa yang takutkan Neraka,
Tapi masih belum jumpa jalan menuju ke Syurga.
Followers
Thursday, 23 June 2016
Tuesday, 7 June 2016
Realitinya Fiksyen (I)
Bab 1
Aku banyak membaca tentang definasi cinta. Apa itu cinta. Ada apa
dengan cinta. Cinta yang sepatutnya. Cinta yang ini, cinta yang itu. Cinta
begini dan cinta begitu. Dalam kesimpulannya definasi cinta adalah hak individu
yang merasakannya dan setiapnya nyata berbeza. Aku membesar dengan buku-buku
yang mengisahkan hikayat cinta agung dari Mumtaz Mahal dan Shah Jahan hingga cinta terlarang
Rumi dan Julie. Tapi aku lebih gemar berkhayal dengan cinta fastasi Cinderella
dan Repunzel yang menanti dengan penuh kesabaran dan menempuh pelbagai dugaan
untuk seorang lelaki yang memberi mereka cinta sejati. Mungkin juga atas
pengaruh itu, aku masih membujang pada umur 26 tahun tatkala teman-teman sebaya
sudah berumah tangga dan sekurang-kurangnya beranak dua.
Mereka kata aku terlalu memilih. Mereka kata aku akan jadi anak dara tua kerana sikap aku yang terlalu memilih. Aku akan hanya ditemani
kucing-kucing perliharaan dan mati keseorangan setelah itu kucing-kucing aku
akan makan mayat aku kerana mereka kelaparan. Itu yang Adik pernah cakap pada
aku pada majlis pertunangan dia dulu.
Aku akui terbit rasa cemburu bila Adik tunang dulu dari aku. Tapi dalam
proverb English ada mengatakan “Good things come to those who wait” dan aku
tambah proverb aku sendiri kepada “Great things come to those who wait longer”.
Cewah, berfalsafah pulak aku.
Perhubungan bukanlah di dalam senarai 5 perkara terpenting aku. Aku
lebih memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan kedai buku aku. Orang sekarang
dah malas membaca kot…
“Kak, Jom makan. Adik dah siap
masak!”
“Oooiii… sabar jap…”
Sejak dah bertunang ni, Adik makin rajin masak. Adik ikut pesan ibu
“Untuk memenangi hati lelaki, kita kena puaskan perutnya dulu”. Aku…
“Kakak!!!! Lapar ni ooiii!!!!! ,
Adik habiskan semua spaghetti meat ball ni karang!”
“Yelah… Yelah…”
Ariana menutup diarinya dan
bingkas bangun dari katil. Dia mengeliat merenggangkan segala sendi yang
sepertinya telah tersimpul mati. Perlahan-lahan dia menuju ke pintu lalu
membukanya. Sejurus itu, hidungnya disajikan aroma yang begitu menyelerakan.
Lalu perutnya yang tadi tenang memainkan lagu-lagu instrumental klasik telah
bertukar melodi kepada lagu alternative metal hard rock seperti lagu Prison
Song dari System Of A Down. Ariana berlari menuruni anak tangga untuk
medapatkan adiknya Tiara yang terjerit-jerit memanggilnya tadi.
“Dik, kenapa harapan palsu kau
bagi kat Akak ni dik?”
Dahi Tiara berkerut memikirkan
harapan apa yang telah dia palsukan buat kakaknya itu.
“Apa benda?” getus Tiara dengan
nada yang tidak puas hati dengan Kakaknya.
“Ye lah, tadi panggil
terjerit-jerit. Bukak pintu bukan main sedap bau, tapi bila makan tak sedap
pun” Ariana dengan selamba mengutuk masakkan adiknya sambil menghabiskan
helaian spaghetti terakhir di pinggannya.
“What did you say?!!!” Tiara
membulatkan mata.
Plap!!! Seketul meatball hinggap
di pipi Ariana.
“Tambah dua kali lepastu kat
pinggan pun licin cakap tak sedap?!!!. How dare you!..”
Tiara berdiri mencekak pinggang
masih bersenjatakan sudu di tangan yang dijadikannya lastik untuk melastik
meatball ke muka Ariana
“Adik!!! Alah gurau pun tak boleh
kau ni.” Jerit Ariana sambil mengesat pipinya yang berkuah spaghetti. Dia mencapai mangkuk berisi mee spaghetti
lalu dia mencampakkan segenggam spaghetti ke arah Tiara.
“Amekkaww!!!” teriak Ariana
sambil mencampakkan mi spaghetti ke muka
adiknya.
“Hoi!!!” Tiara menjerit di baling
spahetthi.
Rumah teres dua tingkat itu riuh
dengan Jeritan adik beradik yang sedang berperang makanan antara satu sama
lain.
“Astagfirullahalazim!!!” Ucap Erhan sebaik menguak pintu rumah dan
melihat telatah adik beradik itu. Kedua –dua adik beradik itu terkedu.
“Korang ni dah kenapa? Tersampuk
syaitan?” Erhan cuba mencari penjelasan dari keduanya.
Tiara meluru ke arah Erhan seakan
budak kecil.
“Sayang, tengok kakak ni. Dia
yang mulakan.”
Tiara mengadu kepada tunangnya
Erhan berharapkan simpati. Rambutnya penuh dengan mi spaghetti dan juga kuah
meatball. Sama seperti keadaan kakaknya.
“Untunglah boleh mengadu!”
Ariana mencebik adiknya dan
kemudian terus berlalu menaiki tangga menuju biliknya.
“Kak Ana, apa jadi?”
Persoalan Erhan dibiar tidak
berjawab. Dia kemudian beralih pandangan kepada tunangnya.
“Woi!!! Ni siapa yang nak kemas
ni?.” Jerit Tiara kepada kakaknya.
“Tu tukang kemas dah sampai.”
Ringkas jawapan Ariana sambil menutup pintu biliknya.
Erhan dan Tiara saling
berpandangan. Erhan masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku. Dia
mahu bertanya tetapi seperti dapat merasakan itu sesuatu perkara yang sia-sia
lalu mematikan niatnya.
“Sayang, you dah makan? I
masakkan spaghetti untuk you.” Tiara bertanya kepada Erhan sambil menghulurkan
sehelai spaghetti dari rambutnya.
“Errr… I dah makan tadi dengan
client….”
“What???!!!” Tiara membulatkan
matanya, dia mengambil beberapa helai spagetthi yang melekat pada dirinya lalu
dicampakkan pula kepada Erhan.
“Kemas semua ni!”
Tiara berpeluk tubuh lalu
meninggalkan Erhan dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Erhan cuma mampu genggelengkan
kepala. Perlahan-lahan dia menuju ke stor simpanan lalu mencapai mop lantai.
Subscribe to:
Posts (Atom)